PEMANATAUAN PPN - PUSAT LATIHAN AKUATIK (TERJUN)
Program : Pemantauan Sukan Akuatik (Terjun) Bil.01/2011 - Bulan April
Tarikh : 13hb April 2011 (Rabu)
Tempat : PLN PISA, Relau Pulau Pinang
Masa Latihan : 3.00 pm - 7.00 pm
Masa Lawatan : 4.00 pm - 5.15 pm
Semasa lawatan, hanya 2 atlet yang sedang menjalani latihan. Adik Cheng Xin Ying dan adik Kuek Pze Shiuan. 3 atlet pembangunan pula berlatih di Akademi Gimnastik MSN P.Pinang pada jam 7.30 pm - 10.00 pm setiap hari kecuali hari Ahad. Atlet sedang berlatih memperbetulkan teknik diatas trampolin. Hanya menjalankan latihan asas (basic) seperti teknik straight, pike, tuck dan free.
Selain itu menjalani latihan 101 (forward dive), 102 (forward somersault) dan beberapa teknik lain.Semasa pemantauan, saya ada berbincang bersama Jurulatih membincangkan tentang latihan di kolam terjun setiap hujung minggu. Perkara ini saya akan panjangkan diperingkat MSNegeri kerana melibatkan kos pengangkutan dan penginapan. Kita telah kenal pasti 3 pusat latihan iaitu di Perak, Kedah dan Perlis.
Selain itu, pihak saya ada membuat tinjauan kelab2 renang yang mempunyai ruang dan boleh memberi ruang untuk atlet terjun berlatih. Sebuah kelab ada memberi 'feedback' tapi masih didalam perbincangan dan saya akan maklumkan sekiranya ada kata putus dari pengurusan kelab tersebutSekian, terima kasih.
Shasha Tarmuzi
0 comments:
Post a Comment