Saturday, April 9, 2011

KEJOHANAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRKIT 01/2011 - 2nd Day

Berikut adalah maklumat ringkas hari ke-2 kejohanan iaitu pada 9hb April 2011 (Sabtu).


Acara pertama kejohanan dimulakan dengan acara 3m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (L) yang disertai seramai 12 penerjun dari 5 buah negeri (Sarawak, Sabah, Perak, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan). Diikuti dengan acara kedua 3m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (L) seramai 2 penerjun yang terlibat dari negeri Selangor & Kuala Lumpur dan wanita seramai 4 atlet sahaja yang menyertai nya dari 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur & Selangor.


Keputusan kejohanan bagi ketiga-tiga acara yang dipertandingan pada sesi pagi adalah seperti berikut :-


3m Papan Anjal (bwh 17 tahun) (L)


1. Adzhar Imran Bin Rusli - Negeri Sembilan

2. Muhammad Syafiq Bin Darul Amin - Negeri Sembilan

3. Carlysle Chan Wee Chiek - Sarawak


3m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (L)

1. Ng Zheng Hao - Selangor

2. Hanis Nazirul Jayasurya - Kuala Lumpur


3m Papan Anjal (bwh 12 tahun) (W)

1. Dhabitah Binti Sabri - Kuala Lumpur

2. Adeline Chin - Selangor

3. Ng Zheng Ni - Selangor


Sesi petang dimulakan dengan acara Platform (bwh 17 tahun) (L) dan disertai dari 6 buah negeri dengan 10 penerjun sahaja. Diikuti dengan acara Platform (bwh 12 tahun) (L) dengan 2 penerjun dari 2 buah negeri iaitu Selangor & Kuala Lumpur. Seterusnya acara terakhir di kolam terjun pada hari ini acara Platform (bwh 12 tahun) (W) disertai seramai 4 penerjun dari 3 buah negeri iaitu PuLau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.


Keputusan penuh bagi sesi petang adalah seperti berikut :-


Platform (bwh 17 tahun) (L)

1. William Kum Weng Lun - Perak

2. Kua Chee Yeap - Perak

3. Muhammad Danial Bin Sabri - Kuala Lumpur


Platform (bwh 12 tahun) (L)

1. Ng Zheng Hao - Selangor

2. Hanis Nazirul Jayasurya - Kuala Lumpur


Platform (bwh 12 tahun) (W)

1. Adeline Chin - Selangor

2. Dhabitah Binti Sabri - Kuala Lumpur

3. Ng Zheng Ni - Selangor


Hadiah disampaikan oleh Ketua Unit USPTN Negeri Sembilan, Pn. Zahrah Meon. Tahniah kepada atlet yang berjaya dan yang tidak berjaya harap dapat tingkatkan usaha. TQ

Shasha Tarmuzi















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved