PEMANATAUAN PPN - PELAYARAN
Tarikh : 03 April 2011
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah
Pemantauan ke Pusat Latihan Sukan Pelayaran adalah untuk mengenalpasti kemudahan yang ada dan perlatan yang digunakan semasa latihan untuk tahun 2011. Untuk makluman terdapat 5 Boat Laser, 1 Dari Peruntukan MSNPP 2006 dan 4 Bot lagi ehsan dari Penang Swimming Club Bot yang akan dilupuskan.
3 Bot Optimis dari MSNPP tahun 2007 dan14 Bot Optimist SUKMA Pulau Pinang 2000. Keadaan jaket keselamatan juga agak usang dan tidak sesuai digunakan lagi. Pihak Persatuan Pelayaran Pulau Pinang turut membantu menyumbangkan 10 jaket keselamatan untuk pelayar menggunakan semasa latihan. JSM memaklumkan bahawa beliau tidak mendapat subsidi minyak daripada MSNPP dan USPTNPP dari tahun 2007 hingga sekarang.
Isu pembelian Bot Laser tahun 2006 masih dalam tindakan MSNPP. JSM memohon 1 bot keselamatan bagi memantau latihan dan keselamatan pelayaran dari keadaan yang tidak diingini. Beberapa program bersama dengan Jabatan Pelajaran Negeri akan diadakan mencari beberapa bakat baru untuk sukan pelayaran Pulau Pinang. Sekian.
Laporan Oleh ; Ahmad Firdaus Yusoff
0 comments:
Post a Comment