KEJOHANAN PERAHU LAYAR 3rd KFC LUMUT REGATTA 2011
Pada 7 April 2011, Pasukan Perahu Layar PELAPIS Pulau Pinang bergerak ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pukul 1200 dengan menaiki van. Seramai enam atlit dan 2 pegawai yang menyertai dalam pertandingan ini. Team PELAPIS telah tiba di TLDM pada pukul 1530 dan terus mendaftar masuk ke tempat penginapan.Sejurus selesai semua pendaftaran, team kemudiaanya pergi ke tempat pertandingan untuk pemeriksaan peralatan dan pemasangan peralatan untuk menghadapi Kejohanan untuk hari keesokankan harinya.
8 April 2011- Jumaat
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke pasar TLDM untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari pertama. Selesai pemasangan dan pemeriksaan terakhir, pada pukul 1200, pelayar-pelayar yang beragama islam bersiap-siap untuk menunatkan solat jumaat.Selesai solat jumaat, jurulatih memberi taklimat tentang perlumbaan dan teknik-teknik,pergerakan angin dan pergerakan arus. Pada pukul 1515, pelayar-pelayar dikehendaki turun ke laut untuk menyertai pelumbaan. Keadaan cuaca begitu panas sekali dan tiupan angin bertiup 8-12 knot. Pelayar menempuh perlumbaan yang boleh dikatakan kuat.Sebanyak tiga pelumbaan (1,2,3) dapat dijalankan pada hari pertama dan pelayar PELAPIS Penang dapat keputusan yang memberangsangkan. Para pelayar menghabiskan pelumbaan pada pukul 1730 dan semua pelayar selamat mengharungi perlumbaanSelesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk pergi ke Armada TLDM untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
10 April 2010- Sabtu
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke pasar TLDM untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari kedua. Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari pertama dan taklimat bgi memperbetulkan kesilapan.Selesai makan tengahari, pelayar turun kelaut Pada Pukul 1230 bagi menyambung kembali perlumbaan. Tiupan angin agak pelahan dan berubah-ubah dan keeadaan cuaca panas. Ini menyukarkan bagi pelayar menentukan pejalanan. (bernasib baik) untuk menentukan kedudukan.Pada Pukul 1800 pelayar menamatkan pelumbaan dan dapat menghabiskan sebanyak 5 pelumbaan(4,5,6,7,8). Selesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk pergi ke Armada TLDM untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
11 April 2010 – Ahad
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke pasar TLDM untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari ketiga.Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari kedua dan taklimat bagi memperbetulkan kesilapan dan jangan ulangi kesilapan. Selesai makan tengahari, pelayar turun kelaut Pada Pukul 1230 bagi menyambung kembali perlumbaan.Tiupan angin teramat kuat dan keeadaan cuaca panas. Perlumbaan dapat dijalankan sebanyak satu (9). Semua perlumbaan ditamatkan pada pukul 1500. Selesai mengemaskan peralatan, dan penyerahan peralatan yang disewa, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan untuk check out, kembali semula ke tempat Boat House untuk sesi penyampaian hadiah dan jamuan perpisahan. Selesai majlis, pasukan pulang ke Pulau Pinang.
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :
Acara Laser 4.7 : Nordini Shahira Bt. Mat Ali (Ranking 18 Jumlah Mata 155 / 137)
Acara Optimist Division A : Nurul Safira Bt. Muhd Saad (Ranking 40 Jumlah Mata 328 / 286)
Acara Optimist Division B : Ibnu Arsyad B. Yusof (Ranking 5 Jumlah Mata 58 / 47)
Acara Optimist Division B : Mohd Syamin B. Shaari (Ranking 7 Jumlah Mata 61 / 49)
Acara Optimist Division B : Shazwan Shafiq Shah (Ranking 14 Jumlah Mata 144 / 114)
Acara Optimist Division C : Dania Nabila Bt. Jasmin (Ranking 11 Jumlah Mata 100 / 86)
Laporan Oleh ; Muhammad Shah Ismail, JSM Pelayaran Pulau Pinang
1 comments:
ramainyerr
Post a Comment