Thursday, June 16, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 15 Jun 2016 (Rabu)
Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Liu Shu Nan - JLN USPTNPP
2. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Two dance elements
2. Acrobatic forward and backward
3. Dismount

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. 2 orang atlet iaitu Rachel Quah Jia Yee dan Esther Teh Yi Ying mengalami kecederaan di tapak kaki apabila melakukan difficulties ketika di exercise floor, namun begitu mereka masih menjalani latihan upper body kerana kaki masih sakit.

PERALATAN
1. Bumbung - Gimnasium yang mempunyai ruang udara yang terbuka dan beberapa kebocoran membuatkan air hujan mudah memasuki ke  dalam dewan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet agak memuaskan dan jurulatih memaklumkan mempunyai masalah kehadiran atlet TID yang dipilih, beberapa faktor menjadi punca ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka untuk meneruskan latihan gimnastik artistik (WAG) terutama pada sesi pagi:
- Tiada kenderaan untuk menghantar dan memantau anak mereka
Terpaksa memberi gaji kepada orang lain untuk menghantar anak mereka ke latihan
- Atlet baru mengadu sakit badan dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan kerja sekolah yang diberikan oleh guru
- Akademik menjadi tumpuan utama kepada ibu bapa
2. PPN dan jurulatih telah berjumpa dengan ibubapa untuk memberi penerangan lebih lanjut tentang atlet baru namun masih tidak dapat meyakinkan mereka kerana akademik lebih penting daripada sukan. Oleh itu, PPN dan jurulatih akan mengadakan program TID Gimnastik Artistik kali ke-3 pada 27 Jun 2016 seperti yang dirancangkan.
3. Untuk masa sekarang hanya 5 orang atlet menunjukkan minat dan akan dimasukkan dalam program bermula Julai 2016. Masih ada beberapa ibubapa yang meneruskan sokongan kepada anak-anak mereka dengan ingin menukarkan anak ke sekolah pagi lalu menjalani latihan pada sebelah petang kerana banyak faktor yang tidak dapat memberikan mereka menghantar anak pada sese latihan pagi.
4. Masalah bumbung gimnasium yang bocor akan diselesaikan oleh pihak MSNPP dalam masa beberapa bulan seperti yang telah dimaklumkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved