LAPORAN KEM BINA SEMANGAT PASUKAN SUKMA TAEKWONDO NEGERI PULAU PINANG 2016
Tarikh : 17 hingga 19 Jun 2016
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah dan Dewan Silat
MSNPP, Batu Uban
Kem Bina Semangat Pasukan SUKMA Taekwondo Negeri Pulau Pinang telah berlangsung
dari 17 hingga 19 Jun 2016 bertempat di Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA),
Tanjung Bungah dan Dewan Silat, Batu Uban, Pulau Pinang. Tujuan kem ini
diadakan bagi persiapan menghadapi Temasya Sukan Malaysia XVIII, Sarawak 2016.
Sepanjang kem ini berlangsung penekanan utama diberikan adalah aspek ketahanan
mental dan psikologi atlet-atlet.
Pendaftaran atlet bermula pada pukul 3.00 petang di Dewan PKSA, Tanjung
Bungah. Seramai 13 orang atlet telah mendaftar menyertai kem ini termasuk 5
orang atlet pelapis negeri. Sesi seterusnya diteruskan dengan ceramah pemakanan
sukan bertajuk “Pemakanan Persediaan Pertandingan (Pre, During, Post)” telah
disampaikan oleh Pn. Loo Lean Hiong iaitu Pegawai Pemakanan ISNPP. Dr
Garry Kuan merupakan Pakar Psikologi dari Universiti Sains Malaysia (USM)
mengendalikan sesi psikologi bersama atlet-atlet pada sebelah malam.
Hari kedua bermula dengan ujian kecergasan specifik yang dijalankan oleh
Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang. Pada sesi petang telah berlangsung
sesi taklimat dan ceramah tentang PSS Scoring System Strategy &
Terminology yang disampaikan oleh Master John Henry. Selepas sesi ceramah
atlet-atlet menjalani sesi sparring dan praktikal menggunakan PSS Scoring
System yang dikendalikan oleh Master Gunasegaran a/l Manivelloo. Malam
merupakan aktiviti santai dan BBQ di PKSA.
Hari terakhir kem sekali lagi dikendalikan oleh Dr. Garry Kuan bagi sesi
psikologi dan persediaan mental bagi mengurangkan tekanan atlet-atlet dalam
rangka persiapan menjelang Temasya Sukan Malaysia XVIII, Sarawak 2016.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment