Tuesday, May 3, 2016

LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 28 April 2016 (Khamis)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam

Program hari keempat diteruskan seperti biasa dimana atlet bersarapan pagi pada jam 7.30 pagi dan bergerak dari hotel ke gimnasium pada jam 8.15 pagi menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan nyanyian lagu Negaraku. Setibanya atlet di gimnasium mereka telah diberi taklimat serba sedikit berkenaan disiplin dan kesihatan yang perlu dijaga sepanjang kem bakat ini oleh Encik Giam Fook Pang.

Sesi latihan pagi diteruskan dengan memanaskan badan untuk MAG & WAG dengan dipantau oleh jurulatih. Selepas sesi memanaskan badan, jurulatih MAG banyak memperbetulkan teknik-teknik asas atlet dalam setiap apparatus antaranya ialah non acrobatic elemen, acrobatic elemen, dismount, L sit, kip elemen, swing elemen, handstand dan banyak lagi. Terdapat beberapa orang atlet lelaki yang menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan dijalankan. 

Bagi atlet WAG jurulatih telah memutuskan untuk melakukan ujian spesifikasi sebagai satu penilaian kepada mereka. Antara ujian yang dijalankan ialah 30m speed run, long jump, press up, chin up, hang on bar legs up, push up, v sit up, handstand hold, split (left,right,side), bridge dan shoulder rotate. Masih terdapat beberapa atlet perlu dibantu dengan lebih lagi bagi meningkatkan kekuatan tangan, kaki dan perut.

Pengisian program malam diteruskan dengan Sesi aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Encik Hairie dari ISN Pahang. Pelbagai aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun secara berkumpulan. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi untuk hari ini tamat pada jam 9.30 malam dan akan bersambung pada esok hari.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved