Wednesday, May 4, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 3 Mei 2016 (Selasa)
Masa : 6.00 pm - 8.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - Penolong Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 18 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Balance
3. Ball
4. Clubs

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama Bil 1/2016 yang akan dijalankan oleh Pusat Satelit ISNPP pada 4 Mei 2016 ketika waktu latihan.

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Sukan Gimrama pada 11 hingga 15 Mei 2016 di Kuala Terengganu.
2. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2016 pada 23 hingga 28 Mei 2016 di Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung gimnasium bocor dan "floor" di bahagian "warm up" telah dimakan anai-anai dan menjadi rapuh.
2. Bumbung mempunyai ruang udara yang terbuka dan menyebabkan air hujan mudah memasuki gimnasium.
3. Lampu yang tidak berada di kedudukan yang baik.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS

1. Jurulatih memaklumkan bahawa beberapa orang atlet yang akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat yang akan datang menjalani latihan dengan lebih awal sambil diawasi oleh wakil Persatuan untuk memantapkan kemahiran mereka.
2. Jurulatih juga memaklumkan bahawa Kejohanan Sportexcel yang lepas hanya seorang atlet Pelapis Pinang menyertai dan keputusan kurang memuaskan dan jurulatih akan memantapkan kemahiran atlet tersebut untuk beraksi lebih baik pada kejohanan akan datang.
3. PPN dan jurulatih juga membincangkan tentang Ujian Kecergasan Sukan Gimrama Bil 1/2016 yang akan dijalankan pada esok hari ketika waktu latihan.
4. Segala kerosakan telah dimaklumkan kepada pihak MSNPP dan akan diambil tindakan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved