LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016
Tarikh : 12 Mei 2016 (Khamis)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Terengganu
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016 telah membuka
tirai pada tahun 2016 dimana penganjuran kali ini dilaksanakan oleh Unit
Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan
Negeri Terengganu bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung
selama 3 hari bermula pada 12 hingga 15 Mei 2016 yang melibatkan
8 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (Mydin Mall Gong Badak), Olahraga
(Trek Olahraga, Gong Badak), Memanah (Lapang Sasar Memanah Universiti Sultan
Zainal Abidin, Gong Badak) , Tinju (Pantai Telok Ketapang) , Gimnastik
(Dewan Gimnastik Pak Su Man, Bukit Payong), Gimrama (Stadium Tertutup Kompleks
Sukan Negeri Gong Badak), Terjun (Kolam Terjun Universiti Malaysia
Terengganu) & Sepak Takraw (Sekolah Sukan Malaysia Terengganu).
Sebanyak 14 negeri terlibat dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis
Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 7 sukan daripada 8 sukan yang
dipertandingkan.
Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau
Pinang secara berperingkat pada jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Terengganu
pada pukul 5.40 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri
Pulau Pinang adalah seramai 134 orang yang merupakan 6 orang pegawai, 14 orang
jurulatih, dan 114 orang atlet.
Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan
atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana
pendedahan pertandingan sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih
tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul
bagi merapatkan hubungan silahturahim.
Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan
dimana fasa sebelah petang hanya sukan Sepak Takraw bermula pada sebelah
malam. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu
berbangkit.
Sekian, Terima Kasih
Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment