Sunday, August 30, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 30 Ogos 2015 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari ini merupakan hari kemuncak kejohanan dimana semua acara akhir akan berlangsung melibatkan 10 acara pada sebelah pagi dan petang. Dalam kehangatan acara akhir turut diselitkan juga klinik dan mini pertandingan memanah untuk para vvip yang hadir. Dalam mini pertandingan itu juga turut hadir bekas pelari pecut negara iaitu Nazmizan Mohamad. 

Berikut dilampirkan semua nama pemenang mengikut acara yang dipertandingkan pada hari terakhir :-

RECURVE LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Emas - Tengku Wira Raja Yahya (ATM B)
Perak - Tan Si Lie - (SATU)
Gangsa - M.Azrin Gahridinn Baharudin (LAB)

RECURVE WANITA (OLIMPIK ROUND)
Emas - Nur Naseha Rusli (PK A)
Perak - Siti Nurul Asiah Mahmod (USZA)
Gangsa - Ezryn Meza Mohamed Hamzah (UISA)

RECURVE LELAKI BERPASUKAN
Emas - ATM B
Perak - SATU 
Gangsa - UNISZA

RECURVE WANITA BERPASUKAN
Emas - UNISZA
Perak - UITM SARAWAK
Gangsa - SSMP ELITE

RECURVE CAMPURAN
Emas - UNISZA
Perak - TERENGGANU
Gangsa - PEL KEB A

COMPOUND LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Emas - Juwaidi Mazuki (EA)
Perak - Danial Misban (USZA)
Gangsa - Mohd Hakhiki Mohd Kamro (USZA)

COMPOUND WANITA (OLIMPIK ROUND)
Emas - Norizah Ishak (ATM B)
Perak - Syarah Syuhaidah Abas (UPM)
Gangsa - Norhayati Al-Madihah Hashim (UISA)

COMPOUND LELAKI BERPASUKAN
Emas - EXCELLA ARCHERY
Perak - UITM SARAWAK
Gangsa - SABAH

COMPOUND WANITA BERPASUKAN
Emas - SABAH
Perak - UNISZA
Gangsa - SATU

COMPOUND CAMPURAN
Emas - ATM B 
Perak - UPM
Gangsa - SATU

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN
1. ATM B - 5 Emas
2. UNISZA - 3 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa
3. EXCELLA ARCHERY - 3 Emas
4. TEAM SATU - 1 Emas, 2 Perak & 3 Gangsa
5. PEL KEB A - 1 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa
6. SABAH - 1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa
7. UITM SARAWAK - 3 Perak & 2 Gangsa
8. UPM - 2 Perak & 2 Gangsa
9. TERENGGANU - 1 Perak
10. W.P LABUAN - 1 Gangsa
11. SSMP ELITE - 1 Gangsa

Pertandingan tamat dengan jayanya pada jam 2.30 petang dan akan diteruskan dengan Majlis Upacara Penutupan Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit II & Terbuka PKS UniSZA Merdeka 2015 pada jam 3.30 petang dalam keadaan hujan lebat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia Tok Hashim Sharudin. Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Pusat Sukan UniSZA Encik Riduan Bin Mohamed Arof.

Pihak Penganjur mengucapkan syabas kepada semua pemenang dan pasukan yang hadir pada kejohanan kali ke-3 tahun 2015. Kejohanan ini akan menjadi dwi tahunan dan seterusnya dimasukkan dalam kalendar Persatuan Kebangsaan. Ucapan tahniah juga kepada atlet yang telah memberi saingan serta tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan yang tewas jangan berputus asa. Pasukan Pulau Pinang akan bergerak balik ke Pulau Pinang pada esok hari (31 Ogos 2015).

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved