Tuesday, August 4, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MTBC TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2015 - JOHOR LEG

Tarikh : 31 Julai 2015 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 11.30 malam
Tempat : Ampang Superbowl, Kluang, Johor

Setelah hampir 2 bulan berehat dari sebarang kejohanan, hari ini telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Junior Circuit 2015 - Johor Leg anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) yang bermula dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2015 bertempat di Ampang Superbowl Kluang Johor. Secara keseluruhan jumlah atlet bertanding pada kejohanan ini adalah seramai 342 atlet dimana 215 atlet lelaki dan 127 atlet wanita yang melibatkan 6 kategori Boys Open, Girls Open, Girls Graded, Boys Graded, Boys dan Girls U12.

Skuad Pelapis Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 27 orang yang mana melibatkan 15 atlet lelaki dan 12 atlet wanita. Atlet yang turun pada kejohanan ini harus berusaha dengan gigih untuk melayakkan diri secara automatik ke pusingan Grand Finals. Hari pertama kejohanan hanya mempertandingkan kategori "Girls dan Boys Graded" sahaja.

Berikut merupakan keputusan rasmi hari pertama kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

GIRLS GRADED ROUND 1
1. Ainaa Alyaa Bt Zulamri - 1392 jatuhan pin (3/avg 174.00)
2. Melissa Khong Xia Yi - 1347 jatuhan pin (5/avg 168.38)
3. Alyaa Addini Bt Zulamri - 1319 jatuhan pin (9/avg 164.88)
4. Kelly Kau Suet Kei - 1222 jatuhan pin (23/avg 152.75)
5. Anis Hadirah Bt Anuar - 1220 jatuhan pin (25/avg 152.50)
6. Zaitun Faiqah Bt Abu Bakar - 1161 jatuhan pin (33/avg 145.13)

- Urutan 1 hingga 3 layak ke Round 2 pada 2 Ogos 2015 (Ahad).

Kejohanan hari pertama selesai pada jam 11.30 malam dan akan bersambung pada esok (1 Ogos 2015) dengan acara Boys Graded & Girls U12 (9.30 pagi) Boys Open & Girls Open (3.30 petang) dan Boys U12 (5.30 petang). 

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh 
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved