LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015
Tarikh : 29
Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00
pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kampus
UniSZA Gong Badak Terengganu
Hari ketiga
kejohanan diteruskan lagi dengan kategori recurve dan compound berpasukan
lelaki dan wanita pada sebelah pagi manakala berpasukan campuran (recurve &
compound) sebelah petang. Sebanyak 16 pasukan telah layak beraksi pada
hari ini mengikut acara masing-masing dengan latihan rasmi dijalankan
selama 45 minit sebelum saingan sebenar bermula jam 9.00 pagi.
Keadaan cuaca
panas dan angin kuat memberi cabaran utama selain fokus pada sasaran yang
dicari.
Berikut
disertakan keputusan berpasukan (pagi) dan berpasukan campuran (petang)
yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-
RECURVE LELAKI BERPASUKAN
Pusingan Kalah
Mati (1/8)
1. MSN
Pulau Pinang vs Pelapis Kebangsaan A
- PK
A telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan
MSN Pulau Pinang dengan kiraan mata 2-6
RECURVE WANITA BERPASUKAN
Pusingan Kalah
Mati (1/8)
1. MSN Pulau
Pinang vs Melaka A
- MSN Pulau
Pinang layak ke pusingan suku akhir (1/4) selepas menewaskan lawannya dengan
kiraan mata 5-4
Pusingan Kalah
Mati (1/4)
1. MSN Pulau
Pinang vs UNISZA
- MSN Pulau
Pinang tewas pada pasukan UniSZA dengan kiraan mata 4-5
COMPOUND LELAKI BERPASUKAN
Pusingan Kalah
Mati (1/8)
1. MSN Pulau
Pinang vs Johor
- MSN Pulau Pinang
telah melayakkan ke peringkat suku akhir (1/4) selepas menewaskan lawannya
dengan kiraan mata 216-196
Pusingan Kalah
Mati (1/4)
1. MSN Pulau
Pinang vs Sabah
- MSN Pulau
Pinang tewas pada lawannya dengan kiraan mata 213-222
BERPASUKAN CAMPURAN (RECURVE)
Pusingan Kalah
Mati (1/8)
1. MSN Pulau
Pinang vs Uitm Sarawak
- MSN Pulau
Pinang tewas pada lawannya dengan kiraan mata 3-5
Secara
keseluruhan untuk hari ini, semua atlet yang turun bertanding telah
memberi saingan sengit pada lawannya dan telah menunjukkan semangat berlawan
sebelum tumpas di medan pertandingan.
Pertandingan
tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung esok hari (30 Ogos 2015)
dengan acara akhir bagi semua acara tang dipertandingkan. Dalam masa yang sama
juga, satu klinik memanah dan kejohanan mini akan diadakan pada hari terakhir.
Sekian, Terima
Kasih
Laporan
Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi
Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment