Wednesday, May 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 6 Mei 2014 (Selasa)
Masa : 4.30 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Encik Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Puan Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Encik Kamal Bin Omar - JSM
4. Atlet - 14 lelaki & 7 wanita

LATIHAN

1. Warming Up
2. Full Pins, Pocket & Sparing
3. Cool Down

UJIAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Sesetengah atlet baru sahaja selesai menyertai kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master - 2nd Leg pada 3 Mei 2014 di Mega Bowling Center.
2. Seramai 4 atlet (1 lelaki & 3 wanita) akan menyertai Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis yang akan berlangsung bermula 27 Mei hingga 3 Jun 2014.

PROGRAM BINAAN
1. Friendly bersama pasukan Boling Perlis akan ditangguh sementara sehingga pihak USPTN Perlis memberi satu tarikh selepas Sukma Perlis.

ULASAN

1. Latihan pada hari ini hanya tertumpu pada atlet yang tidak terpilih pada Sukma Perlis. Hanya 4 orang atlet dari skuad Pelapis terpilih mewakili Pulau Pinang ke Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis.
2. Atlet Skuad Sukma menjalani latihan di Penang Bowl, Lebuh Farquhar sehingga menjelang Sukma Perlis.
3. Atlet Pelapis yang terpilih ke Sukma akan memasuki Kem Fasa Akhir pada 13 hingga 18 Mei 2014 di UiTM Permatang Pauh.
4. Semasa pemantauan dibuat, sesi latihan masih dilakukan kepada atlet-atlet untuk mendapatkan peratusan pada latihan yang dijalankan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved