Friday, May 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang  hingga 6.30 petang.
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. En. Munir Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
2. En. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
3. Miesheelan A/l Ganesan (JSM USPTN)
4. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
5. Atlet Pelapis 10 Lelaki & 4 Wanita

LATIHAN
1. Latihan Roller (Latihan ringan sebelum ke SUKMA Perlis)
2.  Kawasan Kompleks Belia & Sukan Batu Uban untuk pelumba baru (20 Lap)

UJIAN
1.Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 6 atlet Lelaki dan 3 Wanita terpilih ke Sukma Perlis 2014

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Tiub basikal berkurangan dan masih menunggu bantuan dari MSN Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
1.Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan hari ini tertumpu pada latihan ringan sahaja berikutan persiapan alatan untuk ke SUKMA pada hari Jumaat.
2. Atlit melakukan pemeriksaan pada basikal masing-masing sebelum ke SUKMA.
3. Pelumba yang tidak terpilih ke SUKMA akan menjalani latihan seperti biasa dan akan dipantau oleh En Munir sendiri.
4. Diharap pelumba-pelumba muda Pulau Pinang melakukan yang terbaik dan dapat membuktikan sesuatu pada SUKMA Perlis kali ini. Semoga Berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved