Tuesday, May 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 19 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 6.30 petang hingga 9.00 malam
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Master Maniam Krishnan - JSM USPTN
2. G.Krishnavani – JSM Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTN

ATLET
1. 8 lelaki & 6 wanita.

LATIHAN
1. Jogging.
2. Fully Streching.
3. Foot Step, Side Step & Crossing Step.
4. Target Kicking.
5. Choping Kicking.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014. Skuad Taekwondo Pulau Pinang akan bergerak ke Perlis pada 29 Mei 2014.

KECEDERAAN
1. Atlet yang mengalami kecederaan telah menjalani latihan seperti biasa pada hari ini. Rawatan susulan akan diteruskan dari masa ke semasa.

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan adalah hak milik kelab persendirian. Namun jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti Punching Bag, single & double kicking target dan lain-lain yang diperlukan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Fatin Syamimi telah menarik diri dari skuad Sukma Perlis 2014 berikutan kecederaan pada bahagian tulang belakang.
2. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
3. Jurulatih juga memberi fokus kepada atlet yang bakal menyertai Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 yang akan berlangsung secara rasmi pada 29 Mei hingga 4 Jun 2014. Jurulatih Rajendran Rajoo akan mengiringi skuad Taekwondo di Sukma 2014.
4. Atlet yang layak ke Sukma baru sahaja selesai mengikuti Kem Sukma Fasa Akhir pada 13 hingga 18 Mei 2014 di UITM Permatang Pauh.
5. Di akhir pemantauan, PPN mengucapkan ucapan syabas dan tahniah pada atlet yang akan membawa cabaran ke Sukma Perlis dan saya juga berharap agar semua atlet yang terpilih akan memberi persembahan yang terbaik dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan untuk negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved