Monday, May 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 23 Mei 2014 (Jumaat)
Masa : 5.40 pm
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Bertam

KEHADIRAN
1. Jurulatih En. Yusof Omar (JSM)
2. Atlet - 9 Orang

LATIHAN
1. Short Distance
2. Delivering On Re-Spot Jack
3. Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang National Open Triples di Seremban, Negeri Sembilan pada 20 - 23 Jun 2014.

KECEDERAAN
- Tiada - 

PERALATAN
1. Mohon Bowl untuk latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Klinik Pengenalan Sukan Lawns Bowl di Kompleks Sukan MPSP, Bertam.

ULASAN
1.Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2.Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana terdapat atlet menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
3.Berkaitan dengan Klinik Pengenalan Sukan pihak pihak USPTNPP telah berbincang dengan JSM dan persatuan untuk mengadakan klinik tersebut pada bulan September 2014.
4.Jurulatih memaklumkan atlet-atlet yang menyertai mana-mana kejohanan perlu memakai pakaian yang seragam semasa kejohanan. Perkara ini akan dibincangkan dengan pihak persatuan dan MSNPP.
5.Dari pemantauan yang dijalankan, terdapat beberapa ibu bapa atlet yang memberi kerjasama yang baik untuk melancarkan program Pelapis.

Sekian.

Laporan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Friday, May 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang  hingga 6.30 petang.
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. En. Munir Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
2. En. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
3. Miesheelan A/l Ganesan (JSM USPTN)
4. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
5. Atlet Pelapis 10 Lelaki & 4 Wanita

LATIHAN
1. Latihan Roller (Latihan ringan sebelum ke SUKMA Perlis)
2.  Kawasan Kompleks Belia & Sukan Batu Uban untuk pelumba baru (20 Lap)

UJIAN
1.Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 6 atlet Lelaki dan 3 Wanita terpilih ke Sukma Perlis 2014

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Tiub basikal berkurangan dan masih menunggu bantuan dari MSN Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
1.Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan hari ini tertumpu pada latihan ringan sahaja berikutan persiapan alatan untuk ke SUKMA pada hari Jumaat.
2. Atlit melakukan pemeriksaan pada basikal masing-masing sebelum ke SUKMA.
3. Pelumba yang tidak terpilih ke SUKMA akan menjalani latihan seperti biasa dan akan dipantau oleh En Munir sendiri.
4. Diharap pelumba-pelumba muda Pulau Pinang melakukan yang terbaik dan dapat membuktikan sesuatu pada SUKMA Perlis kali ini. Semoga Berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 5.30 pm
Tempat : SMK Dato' Kailan, Bertam

KEHADIRAN
1. Jurulatih : En. Nadri Bin Mahmood
2. Atlet : 15 Atlet

LATIHAN
1. Drill
2. Plyometrik
3. Mini Hurdle

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 pada 20-22 Jun 2014 di Kompleks Sukan MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Mohon Medicine Ball 3,5,7 kg.

PROGRAM BINAAN
1. Kem Latihan di SMK Dato' Kailan.

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3.Jurulatih memaklumkan akan mengadakan kem latihan di SMK Dato' Kailan untuk atlet-atlet di bawah seliaan beliau pada cuti sekolah akan datang.
4. Latihan di trek akan dijalankan seminggu sekali bersama atlet-atlet PPS di Stadium Bertam.
5. Terdapat beberapa atlet baru akan didaftarkan di bawah program Pelapis.

Sekian, Terima kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Thursday, May 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING MSSPP BAWAH 12 TAHUN

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Kira - kira 101 orang peserta melibatkan 20 buah sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenpin Bowling MSSPP 2014 yang telah berlangsung di Mega Bowling Center, Seberang Perai bermula 20 hingga 22 Mei 2014.

Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Unit Sukan Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang itu menyaksikan 3 kategori Perseorangan, Beregu dan Master Bawah 12 tahun Lelaki dan Wanita. Bagi kategori Perseorangan dan Beregu, pemain perlu menghabiskan sebanyak 4 games seorang manakala Master sebanyak 6 games untuk menentukan pemenang setiap kategori.

Pengerusi kejohanan, Puan Nooriani abdul Rahman berkata, kejohanan kali ini bertujuan memilih pemain yang layak untuk mewakili negeri ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dijangka berlangsung pada 19 hingga 21 September 2014 di Pulau Pinang sebagai lokasi pertandingan.

Berikut dilampirkan keputusan mengikut kategori yang dipertandingkan :-

KATEGORI INDIVIDU LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 908 jatuhan pin
2. Naib Johan - Muhammad Hariz Adlan Azman (SK Pauh Jaya) - 717 jatuhan pin
3. Ketiga - Brandon Lau Tze How (SJKC Kwang Hwa) - 613 jatuhan pin
4. Keempat - Muhammad Nur Hakimi (SK Alma Jaya) - 590 jatuhan pin

KATEGORI INDIVIDU WANITA U12 TAHUN

1. Johan - Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 618 jatuhan pin
2. Naib Johan - Nur Amirah Farihah (SK Mutiara Perdana) - 548 jatuhan pin
3. Ketiga - Ong Eileen (SJKC Lay Keow) - 518 jatuhan pin
4. Keempat - Nur Aliah Izzati (SK Bertam Indah) - 512 jatuhan pin

KATEGORI BEREGU LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - SJK Chung Hwa 3 - 1378 jatuhan pin
2. Naib Johan - SK Pauh Jaya - 1295 jatuhan pin
3. Ketiga - SK Kepala Batas - 1067 jatuhan pin
4. Keempat - SK Alma Jaya - 1052 jatuhan pin

KATEGORI BEREGU WANITA U12 TAHUN

1. Johan - SK Alma Jaya - 1255 jatuhan pin
2. Naib Johan - SK Mutiara Perdana - 1176 jatuhan pin
3. Ketiga - SK Bertam Indah - 957 jatuhan pin
4. Keempat - SK Pauh Jaya - 890 jatuhan pin

KATEGORI MASTER LELAKI U12 TAHUN

1. Johan - Muhammad Hariz Adlan (SK Pauh Jaya) - 1066 jatuhan pin
2. Naib Johan - Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 1005 jatuhan pin
3. Ketiga - Darwisy Aqil (SK Pauh Jaya) - 957 jatuhan pin

KATEGORI MASTER WANITA U12 TAHUN


1. Johan - Nur Amirah Farihah (SK Mutiara Perdana) - 939 jatuhan pin
2. Naib Johan - Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 927 jatuhan pin
3. Ketiga - Nur Alya Safiyya (SK Mutiara Perdana) - 866 jatuhan pin

PEMAIN TERBAIK LELAKI U12 TAHUN

1. Megat Zaqrul Haiqal (SJK Chung Hwa 3) - 2769 jatuhan pin

PEMAIN TERBAIK WANITA U12 TAHUN

1. Anis Hadirah Anuar (SK Alma Jaya) - 2257 jatuhan pin

Kejohanan MSSPP 2014 bagi kategori bawah 12 tahun melabuhkan tirai pertandingan dan pihak Unit mengucapkan sekalung tahniah kepada pemain yang layak ke MSSM. Seramai 8 pemain (4 lelaki & 4 wanita) layak ke MSSM.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari MBC, Seberang Perai
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, May 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 19 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 6.30 petang hingga 9.00 malam
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Master Maniam Krishnan - JSM USPTN
2. G.Krishnavani – JSM Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTN

ATLET
1. 8 lelaki & 6 wanita.

LATIHAN
1. Jogging.
2. Fully Streching.
3. Foot Step, Side Step & Crossing Step.
4. Target Kicking.
5. Choping Kicking.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014. Skuad Taekwondo Pulau Pinang akan bergerak ke Perlis pada 29 Mei 2014.

KECEDERAAN
1. Atlet yang mengalami kecederaan telah menjalani latihan seperti biasa pada hari ini. Rawatan susulan akan diteruskan dari masa ke semasa.

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan adalah hak milik kelab persendirian. Namun jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti Punching Bag, single & double kicking target dan lain-lain yang diperlukan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Fatin Syamimi telah menarik diri dari skuad Sukma Perlis 2014 berikutan kecederaan pada bahagian tulang belakang.
2. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
3. Jurulatih juga memberi fokus kepada atlet yang bakal menyertai Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 yang akan berlangsung secara rasmi pada 29 Mei hingga 4 Jun 2014. Jurulatih Rajendran Rajoo akan mengiringi skuad Taekwondo di Sukma 2014.
4. Atlet yang layak ke Sukma baru sahaja selesai mengikuti Kem Sukma Fasa Akhir pada 13 hingga 18 Mei 2014 di UITM Permatang Pauh.
5. Di akhir pemantauan, PPN mengucapkan ucapan syabas dan tahniah pada atlet yang akan membawa cabaran ke Sukma Perlis dan saya juga berharap agar semua atlet yang terpilih akan memberi persembahan yang terbaik dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan untuk negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 18 Mei 2014 (Ahad)
Masa : 5.30 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Jurulatih En. Yusof Omar (JSM)
2. Atlet : 12 Orang

LATIHAN
1. 3 Different weight same grass
2. Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang National Open Triples di Seremban, Negeri Sembilan pada 20 - 23 Jun 2014 mengikut Kalender Malaysian Lawn Bowl Federation.

KECEDERAAN
- Tiada - 

PERALATAN
1. Bowl Jack dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan.
2. Kekurangan Bowl, buat masa sekarang atlet-atlet pelapis menggunakan bowl milik MSNPP.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan tetap pada masanya.
2. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet memerlukan surat pelepasan Asrama untuk menjalani latihan.
3.Atlet-atlet masih baru dan memerlukan banyak pendedahan latihan dan pertandingan.
4. Jurulatih memaklumkan hanya 2 bowls sahaja milik USPTNPP dan yang lain adalah milik MSNPP.
5. Semasa pemantauan didapati keadaan green kurang memuaskan untuk sesi latihan.
5. Walaupun atlet-atlet masih baru, mereka dapat menerima arahan dan teguran daripada jurulatih.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Friday, May 16, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 15 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 5.30 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih : En. Ahmad Rahimi dan En. Baharuddin 
2. Atlet : 23 Atlet

LATIHAN
1. Tubi Tekong ke sasaran
2. Kawalan Bola dalam gelanggang
3. Tubi Killer & Feeder
4. Break Ball (feeder)

UJIAN
1. Jurulatih akan memaklumkan kepada PPN berkenaan dengan ujian yang berkaitan dengan Sepak Takraw dari masa ke semasa.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 pada 20 hingga 22 Jun 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.

KECEDERAAN
- Tiada –

PERALATAN
1. Terdapat banyak bola yang pecah, memohon untuk mendapatkan bola takraw, tali skipping dan pemberat kaki.

PROGRAM BINAAN
- Tiada –

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2. Terdapat 6 atlet telah terpilih untuk mewakili Pulau Pinang pada SUKMA Perlis. atlet-atlet tersebut telah menjalani latihan bersama pasukan SUKMA dan memasuki Kem Fasa Akhir di UiTM Permatang Pauh.
3. Terdapat pasukan SM Teknik Nibong Tebal membuat latihan bersama Atlet PLN dan mendapat tunjuk ajar dari jurulatih pelapis.
4. Pertambahan atlet akan dilakukan pada bulan Jun 2014.
5. Dari pemerhatian yang dibuat, atlet-atlet bawah 13 tahun dapat menerima arahan teguran dari jurulatih dan bersungguh-sungguh dalam menjalani latihan.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Thursday, May 15, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 11 Mei 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)

KEHADIRAN
1. Encik Muhammad Ivarn Syazwan – JSM (USPTNPP)
2. Encik Zulkefli Bin Ismail - JSM (USPTN Kedah)
3. Cik Yanti (Majlis Sukan Negeri Perlis)
4. Encik Ooi Thai Seng (Setiausaha KMPP)
5. Cik Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP

ATLET
1. 12 orang atlet (Pulau Pinang)
2. 4 orang atlet (Kedah)
3. 3 orang atlet (Perlis)

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan Menembak Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 6 hingga 10 Mei 2014 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Perlu membeli jaket baru bagi acara Air Rifle kerana jaket yang sedia ada tidak mencukupi dan rosak.

PROGRAM BINAAN
1. Talent ID akan dijalankan pada bulan Jun 2014 dan jurulatih memfokuskan akan mengambil atlet lelaki sahaja kerana kekurangan atlet lelaki.

ULASAN RINGKAS
1. Kelab Menembak Pulau Pinang telah menganjurkan pertandingan mini di antara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
2. Acara yang dipertandingkan ialah 10M Air Pistol Men, 10M Air Pistol Woman, 10M Air Rifle Men dan 10M Air Rifle Woman.
3. Tujuan pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet negeri Kedah dan Perlis.
4. Pihak Kelab Menembak Pulau Pinang juga memaklumkan pertandingan mini diantara ketiga-tiga negeri akan dijalankan lagi pada masa hadapan bagi memantapkan lagi pasukan negeri-negeri yang terlibat dan supaya dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara ketiga-tiga negeri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Friday, May 9, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 8 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 4.00 PM hingga 6.00 PM
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. 12 orang atlet pelapis dan pembangunan

LATIHAN
1. Warm up and stretching
2. Sparring training
3. Forehand and Backhand training
4. Lob training

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan CIMB National Junior Circuit 2014 - Leg 2 pada 1 hingga 4 Mei 2014 di Gelanggang Skuasy MSK, Kuantan, Pahang.
2. Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) 2014 - 5th Leg dari 9 hingga 12 Mei 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

ULASAN
1. Atlet-atlet bagi kategori umur bawah 15 tahun, 17 tahun dan 19 tahun baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Skuasy CIMB National Junior Circuit 2014 - 2nd Leg pada 1 hingga 4 Mei 2014 bertempat di Gelanggang Skuasy MSK, Kuantan, Pahang. Seramai 14 orang atlet (7 Lelaki & 7 Wanita) dari Program Pelapis Negeri telah mengambil bahagian pada pertandingan ini.
2. Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) 2014 - 5th Leg dari 9 hingga 12 Mei 2014.
3. Jurulatih memberi fokus kepada atlet yang bakal menyertai Temasya Sukan Malaysia  XVII (SUKMA) 2014, Perlis yang dijadualkan bermula pada 24 hingga 29 Mei 2014.  Jurulatih Khoo Teng Hin (JPM) & Aaron Soyza (MSNPP) akan mengiringi atlet skuasy Pulau Pinang di SUKMA 2014.
4. Semoga atlet-atlet SUKMA 2014 mempamerkan prestasi terbaik dan memperoleh kejayaan di temasya tersebut.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, May 8, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 7 Mei 2014 (Rabu)
Masa : 5.00 petang  hingga 6.00 petang.
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kehadiran
1. Encik Munir Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
2. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
3. Misheelan A/L Ganesan ( JSM )
4. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
5. Pn Mariani Binti Sanawi (Pegawai ISN)
6. Atlet Pelapis 5 Lelaki, 3 Wanita

Latihan
1. Squat Bench
2. Bench Press
3. Lunges
4. Pull Up
5. Sit Up Twist
6. Back Extension
7. Calf Raise

Ujian
1.Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1.Tiada

Peralatan
1.   Bilangan tiub semakin berkurangan dan meminta pihak persatuan untuk memohon kepada Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Program Binaan
Tiada

Ulasan Ringkas
1. Seramai 6 atlit lelaki dan 4 atlit wanita akan menyertai Sukma Perlis 2014.
2. Mereka yang terpilih akan mengikuti kem Sukma Fasa Akhir di Uitm Permatang Pauh pada 13 hingga 18 Mei 2014.
3. Pelumba bersemangat menjalani latihan dan diharap penyertaan pada sukma kali ini memperoleh keputusan yang positif.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved