LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2014.
Tarikh : 10 hingga 13 April 2014
Tempat : Dewan MSN Ayer Keroh, Melaka
Kejohanan ini
telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 10 hingga 13 April 2014
bertempat di Dewan MSN Ayer Melaka.
Sebanyak 14
pasukan telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan menggunan kiraan mata 21 (best
of 3).
Bagi Pasukan
Pulau Pinang regu Double hanya berjaya pada peringkat Separuh Akhir tewas
kepada regu Perlis dan berkongsi tempat ketiga dan keempat dengan Negeri
Sembilan. Bagi regu bawah 21 tahun pula tewas pada peringkat suku akhir tewas
kepada SSTMI. Manakala regu bawah 18 tahun berjaya ke peringkat akhir dan
berjaya memenangi pingat emas dengan mengalahkan regu dari Negeri Pahang.
Untuk makluman,
Kejohanan pada kali ini pihak penganjur telah menyediakan sedikit wang
kemenangan kepada setiap pemenang. Bagi Regu Bawah 18 Tahun dan Bawah 21 Tahun,
Johan akan membawa pulang pingat dan wang tunai RM 250.00, Naib Johan, pingat
dan wang tunai RM 150.00 dan tempat ketiga dan keempat membawa pulang pingat
dan wang tunai RM 100.00. Bagi Regu Bawah 21 Tahun (Double), Tempat pertama,
Pingat dan wang Tunai RM 150.00, tempat kedua Pingat dan wang tunai RM 90.00
dan tempat ketiga RM 60.00.
Penganjur juga
telah menyediakan pingat kepada pemain terbaik kategori regu bawah 21 tahun
(termasuk kategori bawah 18 tahun) dan Kategori Double bawah 21 tahun. Bagi
Pasukan Pulau Pinang Mohammad Suhail bin Zulfakir telah berjaya mendapat Apit
Kiri terbaik dan pemain keseluruhan terbaik bawah 21 tahun.
Dari
pemerhatian yang dibuat dari kejohanan ini para pemain Pulau Pinang menunjukkan
semangat juang yang tinggi dan kesungguhan dalam setiap perlawanan.
Pemain-pemain menunjukkan peningkatan dari segi umpanan. Hasil dari pemerhatian
dan ulasan dari jurulatih, pemain perlu memperbaiki rejaman dan service.
Tahniah kepada pemain-pemain yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya tingkatkan usaha untuk kejohanan yang akan datang serta kepada jurulatih- yang tidak jemu melatih pemain-pemain sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.
Sekian.
Laporan Oleh
Akmal Bin
Hashim
0 comments:
Post a Comment