LAPORAN PROGRAM PENGENALAN DAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA (SPESIFIK)
Tarikh : 20 - 22 Disember 2013
Tempat : SMK Paya Keladi.
Kehadiran : 20 Atlet, 2 Jurulatih.
Untuk makluman tuan satu program pengenalan dan latihan
sukan Olahraga telah dijalankan dengan kerjasama SMK Paya Keladi dan USPTN
Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 20 - 22 Disember
2013. Atlet-atlet ditempatkan di asrama SMK Paya Keladi.
Diantara program dan acara yang di selitkan dalam program ini adalah acara lontaran, lari berpagar dan acara middle long
serta pada sebelah malam pula di isi dengan taklimat berkaitan dengan sejarah
olahraga mengikut acara yang telah ditetapkan.
Hari Pertama (20 Disember 2013)
Atlet- atlet membuat pendaftaran dan terus membuat
latihan middle long dan pada sebelah malam jurulatih En. Nadri memberi taklimat
berkenaan pengenalan olahraga dan sejarah olahraga serta atlet-atlet yang telah
berjaya mengharumkan nama Negara Malaysia.
Hari Kedua (21 Disember 2013)
Atlet-atlet membuat jogging selama 30 minit seawal jam
7.00 pagi dan seterusnya atlet-atlet menjalani latihan pylometric drill yang
diberikan oleh Jurulatih En. Nadri. Seterusnya latihan diteruskan pada sebelah
petang dengan latihan asas balingan dan asas lari berpagar yang diberikan oleh
Jurulatih En. Zamsairon yang dijemput dari USPTN Kedah. Pada sebelah malam pula
jurulatih Zamsairon memberi taklimat berkaitan sejarah berkaitan dengan
balingan dan lari berpagar.
Hari Terakhir (22 Disember 2013)
Seawal Jam 7.00 pagi atlet-atlet jogging selama 30 minit
dan diteruskan dengan latihan dan memperbetulkan teknik-teknik latihan.
Jurulatih juga menunjukkan latihan Drill yang betul kepada atlet serta membuat
ujian latihan balingan dan lari berpagar. Setelah tamat latihan jurulatih-jurulatih
membuat ulasan dan rumusan berkaitan dengan latihan dan ujian yang telah
diberikan kepada atlet-atlet.
Untuk makluman tuan juga semasa program ini berlangsung
turut hadir adalah En. Azizan selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Paya
Keladi untuk melihat program yang dijalankan dan beliau juga dijemput untuk
mengulas berkaitan dengan program latihan terbabit pagi hari terakhir latihan.
Beliau mengalu-alukan program yang sebegini dapat diteruskan dan pihak sekolah
boleh bekerjasama untuk menjayakan program USPTN Pulau Pinang dan dapat
menaikkan nama sekolah seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.
Sekian, Terima kasih.
Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim
0 comments:
Post a Comment