Wednesday, December 18, 2013

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 1/2013

Tarikh : 18 Disember 2013 (Rabu)
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah dapat diadakan pada hari ini dimana mesyuarat dipengerusikan oleh saya selaku PPN sukan Angkat Berat. Pada kejohanan kali ini hanya 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori Bawah U13 dan U16 dengan penglibatan penyertaan atlet seramai 70 atlet dimana 57 atlet lelaki dan 13 atlet wanita.

Objektif kejohanan ini adalah medan untuk membina jambatan perhubungan muhibbah serta setia kawan dalam kalangan negeri-negeri yang mengambil bahagian melalui suasana pertandingan dan persaingan dalam kejohanan. Di samping itu juga, kejohanan ini dapat menguji prestasi atlet serta menilai keberkesanan latihan yang dirancang oleh setiap jurulatih. Atlet yang bertanding juga adalah atlet muda yang bermula umur dari 9 hingga 16 tahun dan sebagai titik tolak permulaan dalam sukan Angkat Berat.

Berikut dilampirkan jadual kejohanan pertandingan :-

19 Disember 2013 (Khamis)

Bawah U13 tahun
Kat 45 kg (L)
Kat 50 kg (L) 
Kat 56 kg (L)
Kat +56 kg (L)
Kat 40 kg (W)
Kat 45 kg (W)
Kat 48 kg (W)
Kat +48 kg (W)

20 Disember 2013 (Jumaat)

Bawah U16 tahun
Kat 50 kg (L)
Kat 56 kg (L)
Kat 62 kg (L)
Kat 69 kg (L)
Kat 77 kg (L)
Kat 85 kg (L)
Kat 94 kg (L)
Kat +94 kg (L)

Kat 44 kg (W)
Kat 48 kg (W)
Kat 53 kg (W)
Kat 58 kg (W)
Kat 63 kg (W)
Kat 69 kg (W)
Kat +69 kg (W)

Sekian, Terima Kasih.

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved