Wednesday, December 25, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh : 24 Disember 2013 (Selasa)
Masa : 6.00 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Jhonny Kasiran – JSM Negeri.
2. Shahdan Hashim - PPN Perak.

ATLET
1. 5 orang atlet (Pulau Pinang)
2. 9 orang atlet (Perak)

LATIHAN
1. Latihan Endurance
2. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3. Shadow Boxing

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. 3 Orang atlet dibawah program pelapis akan menyertai Kejohanan Tinju Pesta Pulau Pinang pada 26 Disember ini.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan kali ini melibatkan pasukan Perak yang secara kebetulan akan menyertai Kejohanan Tinju Pesta Pulau Pinang.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan berikutan cuti sekolah.
3. Atlet menunjukkan kesungguhan menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi kejohanan Tinju Pesta Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Tuesday, December 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 24 Disember 2013 (Selasa)
Masa : 6.15 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Wisma Angkat Berat Batu Uban, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Ahmad Asmadi – JSM Negeri.

ATLET
1. 7 orang atlet.

LATIHAN
1. Clean Pull.
2. Teknik Snatch.
3. Jerk Press.
4. Front Squad.

UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN
1. Baru selesai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 2013 pada 18 hingga 19 Disember 2013 di Pusat Latihan Angkat Berat Batu Uban, Pulau Pinang.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Ada beberapa atlet tidak hadir kerana mengikuti keluarga bercuti.
3. Semasa pemantauan Encik Thung Jin Seng Pengarah Bahagian Sains Sukan, (PBS), Bahagian Sains Sukan, Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi),Institut Sukan Negara turut hadir bagi memantau periodisasi jurulatih negeri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, December 23, 2013

LAPORAN PROGRAM PENGENALAN DAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA (SPESIFIK)

Tarikh : 20 - 22 Disember 2013
Tempat : SMK Paya Keladi.
Kehadiran : 20 Atlet, 2 Jurulatih.

Untuk makluman tuan satu program pengenalan dan latihan sukan Olahraga telah dijalankan dengan kerjasama SMK Paya Keladi dan USPTN Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 20 - 22 Disember 2013. Atlet-atlet ditempatkan di asrama SMK Paya Keladi.

Diantara program dan acara yang di selitkan dalam program ini adalah acara lontaran, lari berpagar dan acara middle long serta pada sebelah malam pula di isi dengan taklimat berkaitan dengan sejarah olahraga mengikut acara yang telah ditetapkan.

Hari Pertama (20 Disember 2013)

Atlet- atlet membuat pendaftaran  dan terus membuat latihan middle long dan pada sebelah malam jurulatih En. Nadri memberi taklimat berkenaan pengenalan olahraga dan sejarah olahraga serta atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Negara Malaysia.

Hari Kedua (21 Disember 2013)

Atlet-atlet membuat jogging selama 30 minit seawal jam 7.00 pagi dan seterusnya atlet-atlet menjalani latihan pylometric drill yang diberikan oleh Jurulatih En. Nadri. Seterusnya latihan diteruskan pada sebelah petang dengan latihan asas balingan dan asas lari berpagar yang diberikan oleh Jurulatih En. Zamsairon yang dijemput dari USPTN Kedah. Pada sebelah malam pula jurulatih Zamsairon memberi taklimat berkaitan sejarah berkaitan dengan balingan dan lari berpagar.

Hari Terakhir (22 Disember 2013)

Seawal Jam 7.00 pagi atlet-atlet jogging selama 30 minit dan diteruskan dengan latihan dan memperbetulkan teknik-teknik latihan. Jurulatih juga menunjukkan latihan Drill yang betul kepada atlet serta membuat ujian latihan balingan dan lari berpagar. Setelah tamat latihan jurulatih-jurulatih membuat ulasan dan rumusan berkaitan dengan latihan dan ujian yang telah diberikan kepada atlet-atlet. 

Untuk makluman tuan juga semasa program ini berlangsung turut hadir adalah En. Azizan selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Paya Keladi untuk melihat program yang dijalankan dan beliau juga dijemput untuk mengulas berkaitan dengan program latihan terbabit pagi hari terakhir latihan. Beliau mengalu-alukan program yang sebegini dapat diteruskan dan pihak sekolah boleh bekerjasama untuk menjayakan program USPTN Pulau Pinang dan dapat menaikkan nama sekolah seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima kasih.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Friday, December 20, 2013

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 1/2013

Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis)
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Batu Uban, Pulau Pinang

Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 01/201
3 membuka tirai dengan Negeri Pulau Pinang sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Pada kejohanan kali ini kategori penyertaan dibahagikan kepada 2 peringkat umur iaitu Kategori umur bawah 13 tahun (lelaki wanita) dan bawah 16 tahun (lelaki wanita). Seramai 70 badang muda telah menyertai kejohanan ini dengan pecahan penyertaan seperti berikut :

Perlis – 1
5 atlet
Pulau Pinang - 44 atlet
Kedah - 11 atlet


Jumlah Keseluruhan - 70 atlet.
Walaupun masih hijau dalam sukan Angkat Berat, namun atlet - atlet terbabit telah menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan.

Berikut merupakan keputusan bagi atlet - atlet yang terbabit : -

Kat 45 kg (U13 Tahun Lelaki)

Emas - Nurhanis Abu Bakar (Kedah) - total 100 kg
Perak - Muhd Ariff Zikri (Penang) - total 64 kg
Gangsa - Kevin Raj a/l Thomas (Penang) - total 63 kg

Kat 50 kg (U13 Tahun Lelaki)

Emas - Muhd Zaki (Kedah) - total 125 kg
Perak - Muhd Aidil Fitri (Penang) total 60 kg
Gangsa - Suria (Penang) - total 62 kg

Kat 56 kg (U13 Tahun Lelaki)

Emas - Mohd Nazriz Ayob (Kedah) - total 132 kg
Perak - Muhd Hakimi (Penang) - total 70 kg
Gangsa - Mohd Azri Syafiq (Penang) - total 49 kg

Kat +56 kg (U13 Tahun Lelaki)

Emas - Mohd Shahrul Amri (Kedah) - total 115 kg
Perak - Mohd Hazwan (Penang) - total 112 kg
Gangsa - Nur Iqbaal Fakrullah (Perlis) - total 95 kg

Kat 40 kg (U13 Tahun Wanita)

Emas - Logassree (Penang) - total 55 kg
Perak - Siti Rohayu Hamzah (Penang) - total 39 kg
Gangsa - Thurgasree (Penang) - total 26 kg

Kat 45 kg (U13 Tahun Wanita)

Emas - Nur Afifa Sabri (Penang) - total 62 kg
Perak - Nor Hidayah Abu Bakar (Penang) - total 53 kg
Gangsa - Nur Ezatul Nisa (Penang) - total 50 kg

Kat +48 kg (U13 Tahun Wanita)

Emas - Fatin Nabila Fadli (Perlis) - total 73 kg
Perak - Vanessa Thomas (Penang) - total 43 kg

Kat 50 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Fakrul Naim Ibrahim (Kedah) - total 160 kg
Perak - Nurhamizan Abu Bakar (Kedah) - total 151 kg
Gangsa - Syed Ajmal Al Qadree (Perlis) - total 138 kg

Kat 56 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Thirilohgan (Penang) - total 115 kg
Perak - Mohd Adib (Penang) - total 95 kg
Gangsa - Mohd Alif (Penang) - total 88 kg

Kat 62 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Mohd Redwan Husin (kedah) - total 169 kg
Perak - Muhd Afzan (Penang) - total 64 kg

Kat 69 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Muhd Hazwan Yunus (Kedah) - total 180 kg
Perak - Muhd Firdaus Sobari (Perlis) - total 121 kg
Gangsa - Mohd Alif Roslan (Penang) - total 95 kg

Kat 77 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Mohd Syamil Iqmal (Kedah) - total 172 kg
Robani Ridzuan (Penang) - total 50 kg

Kat 85 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Jagenathan (Penang) - total 145 kg
Perak - Ilman Ramadhan Shah (Penang) - total 120 kg
Gangsa - Muhd Luqman (Penang) - total 92 kg

Kat 94 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Mohd Alleyul Hafiz (Perlis) - total 116 kg

Kat +94 kg (U16 Tahun Lelaki)

Emas - Muhd Asy Syahid (Penang) - total 80 kg
Perak - Syazril Ghazali (Perlis) - tiada angkatan

Kat 48 kg (U16 Tahun Wanita)

Emas - Nurnisha Izureen (Kedah) - total 106 kg
Perak - Logesswary Muniandy (Penang) - total 105 kg
Gangsa - Nur Nabila Mazlan (Perlis) - total 35 kg

Kat 58 kg (U13 Tahun Wanita)

Emas - Farhana Nabila (Kedah) - total 124 kg

Hasil persetujuan pihak Unit bersama jurulatih setiap negeri yang mengambil bahagian, kejohanan ini tamat ditamatkan hari ini juga dengan semua kategori yang dipertandingkan.

Maka secara keseluruhan, kejohanan ini berjalan dengan lancarnya dan pihak Unit mengucapkan ribuan terima kasih kepada negeri yang bertanding pada kali ini. Semoga kejohanan sebegini dapat diterus dan dieratkan lagi agar atlet yang baru dapat pendedahan baru. Kepada semua pemenang tahniah dan syabas diucapkan dan yang tidak berjaya jangan berputus asa. 

Sekian, Terima kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, December 18, 2013

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 1/2013

Tarikh : 18 Disember 2013 (Rabu)
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah dapat diadakan pada hari ini dimana mesyuarat dipengerusikan oleh saya selaku PPN sukan Angkat Berat. Pada kejohanan kali ini hanya 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori Bawah U13 dan U16 dengan penglibatan penyertaan atlet seramai 70 atlet dimana 57 atlet lelaki dan 13 atlet wanita.

Objektif kejohanan ini adalah medan untuk membina jambatan perhubungan muhibbah serta setia kawan dalam kalangan negeri-negeri yang mengambil bahagian melalui suasana pertandingan dan persaingan dalam kejohanan. Di samping itu juga, kejohanan ini dapat menguji prestasi atlet serta menilai keberkesanan latihan yang dirancang oleh setiap jurulatih. Atlet yang bertanding juga adalah atlet muda yang bermula umur dari 9 hingga 16 tahun dan sebagai titik tolak permulaan dalam sukan Angkat Berat.

Berikut dilampirkan jadual kejohanan pertandingan :-

19 Disember 2013 (Khamis)

Bawah U13 tahun
Kat 45 kg (L)
Kat 50 kg (L) 
Kat 56 kg (L)
Kat +56 kg (L)
Kat 40 kg (W)
Kat 45 kg (W)
Kat 48 kg (W)
Kat +48 kg (W)

20 Disember 2013 (Jumaat)

Bawah U16 tahun
Kat 50 kg (L)
Kat 56 kg (L)
Kat 62 kg (L)
Kat 69 kg (L)
Kat 77 kg (L)
Kat 85 kg (L)
Kat 94 kg (L)
Kat +94 kg (L)

Kat 44 kg (W)
Kat 48 kg (W)
Kat 53 kg (W)
Kat 58 kg (W)
Kat 63 kg (W)
Kat 69 kg (W)
Kat +69 kg (W)

Sekian, Terima Kasih.

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2013

Tarikh : 16 Hingga 18 Disember 2013 (Isnin hingga Rabu)
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Cawangan Pengurusan Acara telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 2/2013 pada 16 hingga 18 Disember 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Atlet-atlet gimnastik telah menjalani latihan pasukan secara rasmi pada hari isnin iaitu 16 Disember 2013 sebagai persediaan kejohanan dan mesyuarat pengurus pasukan serta mesyuarat juruhakim telah diadakan pada hari yang sama bertempat di Bilik Mesyuarat Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara. Semasa mesyuarat pengurus pasukan, jurulatih menyemak nama-nama atlet dan mengambil nombor giliran atlet. Jurulatih Foong Kok Seng telah dilantik menjadi salah seorang juruhakim pada hari kedua kejohanan 18 Disember 2013 (Rabu).

Pertandingan yang berlangsung pada hari selasa, 17 Disember 2013 ialah pertandingan MAG Class 1 dan pertandingan WAG Class 1 iaitu HP 1 umur 7-8 tahun, Class HP 1 umur 9-10 tahun, Class HP 2 umur 9-10 tahun, Class HP 1 umur 11-12 tahun dan Class HP 2 umur 11-12 tahun. Pertandingan yang berlangsung pada hari Rabu, 18 Disember 2013 ialah pertandingan MAG Class 2 dan pertandingan WAG Class 2 tetapi pasukan dari Negeri Pulau Pinang tidak mengambil bahagian bagi Class 2.

Berikut merupakan keputusan rasmi hari pertama kejohanan :-

PH 1 - MAG
Kumpulan : HP 1 (7-8 tahun)

Acara : Berpasukan
Emas : Selangor
Perak : Pulau Pinang
Gangsa : Kelantan

Acara : Individu Keseluruhan
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Soon Khye Ze (P.Pinang)
Gangsa : Afiq Haikal Bin Adnan (Terengganu)

Acara : Senam Lantai
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Kee Yi Hang (Selangor)
Gangsa : Soon Khye Ze (P.Pinang)

Acara : Kekuda Berpelana
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Afiq Haikal Bin Adnan (Terengganu)
Gangsa : Muhd Izwan Hakim Bin Tarmizi (Perak)

Acara : Gelang
Emas : Afiq Haikal Bin Adnan (Terengganu)
Perak : Soon Khye Ze (P.Pinang)
Gangsa : Low Jun Yan (Selangor)

Acara: Melombol
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Soon Khye Ze (P.Pinang)
Gangsa : Muhd Izwan Hakim Bin Tarmizi (Perak)

Acara : Palang Sejajar
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Kee Yi Hang (Selangor)
Gangsa : Jaden Noel Ha Khen Zhi (Selangor)

Acara : Palang Tunggal
Emas : Low Jun Yan (Selangor)
Perak : Soon Khye Ze (P.Pinang)
Gangsa : Kee Yi Hang (Selangor)

PH 1 - WAG
Kumpulan : HP 1 (7-8 tahun)

Acara : Melombol
Emas : Esther Teh Yi Ying (P.Pinang)
Perak : Aliya Kauthar (Sarawak)
Gangsa : Ameera Irdina Mazwana (W.Persekutuan)

PH 1 - WAG
Kumpulan : HP 1 (9-10 tahun)

Acara : Individu Keseluruhan
Emas : Zarith Imaan Binti Khalid (P.Pinang)
Perak : Nur Nisa Aliya Mohd Radzif (W.Persekutuan)
Gangsa : Amanda Wong Yeah Chean (Sabah)

Acara : Melombol
Emas : Nur Nisa Aliya Mohd Radzif (W.Persekutuan)
Perak : Zarith Imaan Binti Khalid (P.Pinang)
Gangsa : Nur Farisha Atiqah Binti Shuaili (Sabah)

Acara : Palang Bertingkat
Emas : Nur Nisa Aliya Mohd Radzif (W.Persekutuan)
Perak : Zarith Imaan Binti Khalid (P.Pinang)
Gangsa : Nur Farisha Atiqah Binti Shuaili (Sabah)

Acara : Palang Titian
Emas : Zarith Imaan Binti Khalid (P.Pinang)
Perak : Kaisah Latifah Binti Rosidi (Pahang)
Gangsa : Nur Farisha Atiqah Binti Shuaili (Sabah)

Acara : Senam Lantai
Emas : Zarith Imaan Binti Khalid (P.Pinang)
Perak : Hebbie Lee Shing Aii (Sabah)
Gangsa : Amanda Wong Yeah Chean (Sabah)

Sekian sahaja laporan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 2/2013 pada 16 hingga 18 Disember 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved