LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TENPIN BOLING
Tarikh : 8 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat : Mega Lanes Bowling Center,
Seberang Perai
Kehadiran
1. Jurulatih
- JSM Nooriani Abdul Rahman
2. Atlet
- 2 atlet lelaki & 2 atlet wanita
(Double AA)
- 3 atlet lelaki &
4 atlet wanita (SUKMA)
Latihan
1. Latihan pusat selama seminggu dari 7
hingga 13 Mei 2013 dibawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).
Ujian
Tiada
Pertandingan
1. Nur Amirah Auni Binti Azman (Skuad
Elit MSNPP) terpilih dan akan menyertai ke Kejohanan Singapura Open 2013 pada
25 hingga 30 Mei 2013.
Kecederaan
Tiada.
Peralatan
Kelengkapan peralatan latihan hak milik
atlet sendiri.
Program Binaan
Tiada.
Ulasan Ringkas
1. Atlet dibawah program Pelapis baru
selesai pemilihan Roll Off ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada 7 Mei
2013 dan seramai 5 atlet lelaki dan 6 atlet wanita telah terpilih untuk
mewakili skuad Pulau Pinang ke MSSM yang akan berlangsung di Johor.
2. Jurulatih juga ada berbincang dan
memaklumkan agar sesi latihan bagi sukan Tenpin Boling dijalankan pada 1 pusat
sahaja memandangkan ada sesetengah ibu bapa mengadu dari segi masa, jarak dan
sebagainya. Saya juga akan membawa perkara ini untuk dibincang bersama pihak
Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang.
3. Komitmen latihan daripada atlet amat
memuaskan memandangkan hampir 2 minggu sebelum kejohanan disertai. Sokongan
daripada ibu bapa yang hadir juga memberi satu semangat berlawan dalam setiap
diri atlet semasa latihan.
3. Di Akhir pemantauan sesi perjumpaan
diteruskan dan mengingat setiap atlet perlu menjalani latihan dengan
bersungguh-sungguh dan sedia menerima teguran daripada jurulatih semasa sesi
latihan bagi meningkatkan prestasi masing-masing.
Sekian, Terima Kasih
Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment