Wednesday, May 29, 2013

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN MSNM-PKBM-DBKL-PBKL-MILO SIRKIT 1/2013.

Tarikh : 22 - 26 Mei 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Tempat : Velodrome Cheras Kuala Lumpur.

Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Siri 1/2013 ini telah bermula pada 22 Mei 2013 bertempat di Velodrome Cheras dan  berakhir pada 26 Mei 2013. Pasukan Berbasikal Pulau Pinang telah menghantar seramai 10 orang pelumba untuk kejohanan kali ini. Turut mengiringi mereka seorang Pegawai Pembangunan Negeri dan 2 orang jurulatih (En. Zahari dan En. Shukor) Berikut acara yang disertai pelumba Pulau Pinang mengikut kategori.

Kategori lelaki 16-18 tahun
1)    200m sprint
2)    1km Time trial
3)    10km Point race
4)    Team sprint
5)    Individu persuit
6)    Keirin

Kategori Lelaki 15 tahun kebawah
1)    200m sprint
2)    500m Time trial
3)    Scratch race 5km
4)    Individu persuit
5)    Elimination race

Kategori Wanita 15 tahun kebawah
1)    200m sprint
2)    500m Time trial
3)    Individu persuit 3km
4)    Elimination race

Pencapaian pelumba Pulau Pinang khususnya pelumba-pelumba baru amat memuaskan berikutan hampir sebahagian daripada mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Faktor pengalaman dan cara latihan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian mereka pada peringkat akhir. Antara pelumba muda Pulau Pinang yang berpotensi untuk menaikkan kembali pasukan Pulau Pinang seperti Muhammad Danish, Mohd Elias, Muhammad Azmeer dan 2 orang pelumba wanita iaitu Nur Atikah dan Fatin Najiha. Untuk kategori lelaki 16-18 tahun, pencapaian Skuad Pulau Pinang  kurang memuaskan apabila hanya beberapa acara sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir berikutan saingan sengit dari pasukan-pasukan yang bertanding. Secara keseluruhan banyak lagi yang perlu diperbaiki khususnya dari segi teknikal dan taktikal pasukan untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin



0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved