KEM BINA SEMANGAT ATLET SUKMA XVI, KUALA LUMPUR 2013
Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2013.
Tempat: Harvard Suasana Hotel, Bedong,
Kedah Darul Aman
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengadakan Kem Bina Semangat Fasa 1 untuk atlet yang
akan menyertai Sukan Malaysia XVI, Kuala Lumpur. Seramai 96 orang atlet terdiri daripada 43 atlet lelaki dan
63 atlet wanita, Penyelaras Sukan Negeri dan 18 urusetia hadir dalam kem kali
ini yang melibatkan 9 jenis sukan iaitu Lawan Pedang, Futsal (L&W),
Silambam, Ekuestrian, Polo Air (W), Gimnastik, Bina Badan, Kabaddi dan Woodball. Pihak USPTN (PKU & 4 orang PPN) juga turut terlibat dalam kem tersebut.
Tujuan utama penganjuran kem ini adalah
persiapan atlet ke Sukan Malaysia XVI, Kuala Lumpur 2013 dimana ia dapat
menguji setiap atlet dari segi mental, fizikal dan emosi. Di samping itu juga ia
dapat mengeratkan lagi silahturahim antara satu sama lain. Atlet juga akan
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk semangat jati diri serta menerap semangat sepasukan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi “pendaftaran”
seawal jam 10.00 pagi (Jumaat) yang dikendalikan oleh urusetia. Kem ini dijadual akan tamat pada 12 Mei 2013 (Ahad).
Sekian, Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment