LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN MSNM-PKBM-DBKL-PBKL-MILO SIRKIT 1/2013.
Tarikh : 22 - 26 Mei 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Tempat : Velodrome Cheras Kuala Lumpur.
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Siri 1/2013 ini telah bermula pada
22 Mei 2013 bertempat di Velodrome Cheras dan berakhir pada 26 Mei 2013.
Pasukan Berbasikal Pulau Pinang telah menghantar seramai 10 orang pelumba untuk
kejohanan kali ini. Turut mengiringi mereka seorang Pegawai Pembangunan Negeri
dan 2 orang jurulatih (En. Zahari dan En. Shukor) Berikut acara yang disertai
pelumba Pulau Pinang mengikut kategori.
Kategori lelaki 16-18 tahun
1) 200m sprint
2) 1km Time trial
3) 10km Point
race
4) Team sprint
5) Individu
persuit
6) Keirin
Kategori Lelaki 15 tahun kebawah
1) 200m sprint
2) 500m Time trial
3) Scratch race 5km
4) Individu persuit
5) Elimination race
Kategori Wanita 15 tahun kebawah
1) 200m sprint
2) 500m Time trial
3) Individu persuit 3km
4) Elimination race
Pencapaian pelumba Pulau Pinang
khususnya pelumba-pelumba baru amat memuaskan berikutan hampir sebahagian
daripada mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Faktor pengalaman
dan cara latihan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian mereka pada peringkat
akhir. Antara pelumba muda Pulau Pinang yang berpotensi untuk menaikkan kembali
pasukan Pulau Pinang seperti Muhammad Danish, Mohd Elias, Muhammad Azmeer dan 2
orang pelumba wanita iaitu Nur Atikah dan Fatin Najiha. Untuk kategori lelaki
16-18 tahun, pencapaian Skuad Pulau Pinang kurang memuaskan apabila hanya
beberapa acara sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir berikutan saingan
sengit dari pasukan-pasukan yang bertanding. Secara keseluruhan banyak lagi
yang perlu diperbaiki khususnya dari segi teknikal dan taktikal pasukan untuk
menghadapi kejohanan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
Read more...