Wednesday, April 18, 2012

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 12hb April 2012 (Khamis)
Masa : 8.20 malam hingga 9.30 malam
Tempat : Wisma Angkat Berat Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Kehadiran :
1. Thanabalasingam - JSM MSNegeri
2. Atlet - 8 lelaki, 4 wanita

LATIHAN
1. Clean and Jerk
2. Snatch

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Disimpan dengan teratur.

PROGRAM BINAAN
1. Program Kem Angkat Berat Siri : 1/2012 anjuran Majlis Sukan Negara di Dewan Latihan Angkat Berat, SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah pada 14hb April hingga 20hb April 2012.

ULASAN
1. Mulai bulan April Sukan Angkat Berat menjadi sukan dibawah selian saya. Satu lagi cabaran baru buat saya dan banyak perkara yang perlu dipelajari terutama jenis-jenis latihan yang dijalankan. Ini merupakan pemantauan kali pertama buat Sukan Angkat Berat.

2. Memperkenalkan diri kepada Jurulatih Balasingam dan atlet-atlet yang hadir pada hari tersebut. Hanya 3 atlet dari Pusat Latihan Wisma Angkat Berat Bukit Mertajam yang di daftar dalam Program Pelapis Negeri Tahun 2012.

3. Mendapatkan Jadual Latihan yang dikelolakan oleh Jurulatih Balasingam seperti berikut :

Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 7.00 malam hingga 9.30 malam
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 4.30 petang hingga 8.00 malam


5. Perjumpaan bersama atlet Mohamed Al Iman Bin Mohamed Hifni yang telah dipilih untuk menghadiri Program Kem Angkat Berat Siri 1/2012 pada 14hb April hingga 20hb April 2012 di Dewan Latihan Angkat Berat, SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah dan berjumpa dengan keluarga beliau yang hadir pada hari tersebut.

6. Meminta Jurulatih Balasingam mendapatkan bahan yang sesuai digunakan untuk melekatkan papan tanda di tempat yang telah disediakan. Buat masa sekarang papan tanda tersebut di letakkan di pagar sahaja.

7. Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama Jurulatih dan atlet.


Fatimah Jamil



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved