Thursday, April 12, 2012

Kejohanan Menembak Tun Haniff Trophy & 3rd Malaysian Junior Shooting Championship 2012

Pasukan bertolak dari Lapang Sasar Menembak Pulau Pinang menaiki coaster MSNPP pada pukul 7.30 pagi 11 April 2012 dan tiba dengan selamatnya di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada pukul 1.00 petang.Keadaan cuaca sepanjang perjalanan adalah amat baik.

Pasukan Pulau Pinang kali ini terdiri daripada 11 atlet iaitu 6 lelaki dan 5 perempuan akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini dalam kategori junior dan senior. Sebaik tiba di lapang sasar subang,semua atlet terus membuat pemeriksaan senjatapi dan terus memulakan latihan untuk acara keesokan hari.

Pada pukul 5 petang latihan tamat dan kesemua 11 pucuk pistol dan 11 laras rifle telah di simpan dengan selamatnya didalam armoury SSA yg dikendalikan oleh En Ismail Diran dan En Azmi Zakaria.Pasukan bertolak dari lapang sasar dan tiba di hotel Sun Inns Subang Jaya pada pukul 6.00 petang untuk mendaftar penginapan.

Ivarn Shazwan
Jurulatih Menembak Pulau Pinang




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved