LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU @ BATU UBAN
Tarikh : 10hb April 2012 (Selasa)
Masa : 6.20 petang hingga 7.20 petang
Tempat : PL Tinju Batu Uban, Pulau Pinang
Kehadiran :
1. Jhonny Kasiran - JLN MSN
2. Pakianathan - JL MSN
3. Atlet - 6 lelaki
LATIHAN
1. Punches and Defense
2. Shadow Boxing
3. Kecergasan
UJIAN
1. Berbincang dengan JLN Pak Jhonny untuk mengadakan Ujian Specifik dan bulan Mei 2012 untuk kesemua atlet yang berdaftar dalam Program Pelapis Negeri.
PERTANDINGAN
1. Pertandingan yang terdekat akan disertai adalah "Kejohanan Remaja Kebangsaan 2012".
KECEDERAAN
1. Tiada
PERALATAN
1. Punching Bag keadaan yang sangat teruk
2. Gloves Latihan keadaan yang sangat teruk
3. "Water Cooler" yang tidak berfungsi
PROGRAM BINAAN
1. Tiada
ULASAN
1. Latihan bermula dari 5.00 petang hingga 7.00 malam, sesampai ditempat latihan mendapati hanya 6 dari 12 orang sahaja yang hadir. Mendapatkan makluman dari JLN Pak Jhonny tentang kehadiran atlet yang lain. JLN Pak Jhonny memaklumkan tidak berpuas hati dengan kehadiran atlet Muhammad Syafiq Bin Mohamad Yusup.
Tindakan PPN : Akan memanggil atlet tersebut untuk mendapatkan keterangan sebelum tindakan selanjutnya diambil.
2. Permohonan Peralatan Latihan telah dipohon oleh Penyelaran Sukan Tinju MSN, memohon pihak berkenaan mempercepatkan pemberian peralatan tersebut.
3. Peralatan "Water Cooler" yang tidak berfungsi telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
4. Seramai 9 atlet akan dihantar untuk menyertai Kejohanan Remaja Kebangsaan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 23hb April hingga 27hb April 2012.
5. Perjumpaan bersama bapa Mohd Amirul Asraf untuk menyerahkan surat tawaran kemasukan anak beliau ke Cawangan Pelapis Serantau.
6. Diakhir pemantuan telah berjumpa dengan Jurulatih dan atlet.
Fatimah Jamil
0 comments:
Post a Comment