Thursday, January 27, 2011

SESI SPARRING - PLN TITI MUKIM vs PLN BATU UBAN

Tarikh : 26hb Januari 2011 [Rabu]
Masa : 5.40 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Pusat Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Batu Uban.
Kehadiran Atlet : 5 dari PLN Titi Mukim dan 6 dari PL MSNPP.

Perjumpaan bersama JSM Zainuddin

PPN - Memaklumkan latihan dan pembayaran elaun JSM bagi tahun 2011 bermula dari bulan Mac 2011 dan berakhir bulan Disember.

Semasa perjumpaan bersama JSM Zainuddin, beliau memaklumkan latihan dijalankan se awal Januari untuk mengelakkan hilangnya minat atlet-atlet untuk menjalani latihan dimasa akan datang.

Walaupun Latihan Program Pelapis Negeri bagi tahun 2011 bermula pada bulan Mac 2011, tindakan proaktif dan komitmen yang ditunjukan oleh JSM Zainuddin memulakan latihan seawal bulan Januari amatlah di haragai walaupun beliau mengetahui pembayaran elaun hanya akan bermula pada bulan Mac.

Program Latihan Sparring Atlet Pelapis Negeri :

Latihan dijalankan antara Atlet PLN Titi Mukim, Seberang Perau Utara bersama Atlet PL Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran atlet dari PLN Titi Mukim amatlah terhad kerana masalah pengangkutan. Masalah ini di bincangkan oleh PPN Fatimah bersama KUN Mohd Fadil yang hadir pada hari tersebut.

Latihan bermula dari 5.40 petang hingga 7.00 malam dan seramai 6 pasang peninju yang sempat di jalankan dengan bantuan Jurulatih dari Regimen Askar Melayu Div 2, Sargent Rozali dan di pantau oleh JLN Pak Jhonny Kasiran dan JSM Zainuddin.

Diakhir program, PPN telah berjumpa kesemua atlet dan memperkenalkan diri kepada atlet-atlet yang baru diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri bagi tahun 2011.

PPN - Menekankan kepentingan disiplin dan kehadiran semasa latihan dan berharap agar atlet semua dapat menefaatkan latihan yang diberi.

PPN - Memaklumkan kejohanan pertama dijangka akan berlangsung dalam bulan April di Negeri Kelantan dan berharap altlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Diakhir perjumpaan PPN memberikan kata-kata semangat semuga atlet maju dalam pelajaran dan sukan yang diceburi.

Sekian dimaklumkan terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL

























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved