Tuesday, January 18, 2011

PERJUMPAAN ATLET & JURULATIH - TENPIN BOWLING

Tarikh : 13 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square Bayan Baru, Penang.
Terlibat : JSM Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani (Ahli PTBPP).

Perjumpaan bertujuan untuk membincangkan Program "NSC-MTBC-UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI Youth Development Program 2011 National Evaluation" yang akan diadakan pada 19 Januari 2011 [Rabu], masa : 7.00 malam di Mega Lanes Prai, Penang.

PPN - Memaklumkan kepada Ahli PTBPP, Program TID/Sesi Pemilihan Peringkat Negeri akan di jalankan pada hari yang sama, Pendaftaran Atlet : 5.30 petang dan "Roll Off" : 6.00 petang - 7.00 malam. Telah menghantar surat jemputan kepada 28 buah Sekolah Menengah dan 12 buah Sekolah Kebangsaan yang dikenal pasti oleh Unit Sukan JPN Pulau Pinang.

Bagi pelajar yang terpilih di Peringkat Negeri akan meneruskan Sesi Pemilihan ke Peringkat Kebangsaan untuk di serapkan ke dalam Program Pelapis Negeri 2011. Pendaftaran Atlet : 6.30 petang dan "Roll Off" ; 7.00 malam - 8.00 malam.

Di akhir perbincangan memaklumkan untuk mengadakan mesyuarat bersama Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Negeri dan Persatuan Negeri selepas tamat sesi penilaian. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan pemilihan atlet yang akan di serapakan kedalam program Pelapis Negeri 2011 dan hal-hal lain.

Pada masa yang sama telah membuat pemantauan keatas latihan yang dijalankan oleh JLN MSNPP bersama Skuad Sukan Malaysia 2011. Seramai 15 atlet dari Program Pelapis Negeri 2010 yang hadir.

Latihan bermula dari 6.30 petang hingga 9.15 malam. Di akhir pemantauan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Atlet dan JLN MSNPP untuk bertanyakan khabar dan lain-lain hal.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved