Friday, January 28, 2011

PEMANTAUAN PPN - PLN BADMINTON

Tarikh : 27hb Januari 2010 [Khamis]
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi [Masa Latihan]
Masa : 9.50 pagi hingga 11.20 pagi [Masa Pemantauan]
Tempat : PLN Dewan Badminton Bukit Dumbar, Penang.
Kehadiran Atlet : 7 Pelapis Negeri dan 2 Atlet Negeri

Program yang sempat dipantau :

1. Ujian Kecergasan untuk ketangkasan dan "speeding".
2. Latihan permainan seperti 1 Vs 1, 2 Vs 1, 2 Vs 2 dan 3 Vs 1.
3. Latihan "Feeding" dan "Netting".

Perjumpaan PPN bersama atlet :

1. Memperkenalkan diri kepada atlet yang baru dalam Program Pelapis 2011.
2. Kata-kata semangat untuk atlet meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh.
3. Menekankan disiplin semasa menjalani latihan dan kedatangan masa latihan.

Perbincangan PPN bersama JPM :

JPM - Memaklumkan tiada latihan yang dijalankan dari 1 - 6 Februari 2011 kerana Cuti Hari Raya Cina dan proses menaik taraf lantai gelanggan.

JPM - Memaklumkan Jadual Latihan beliau bagi tahun 2011 seperti berikut :

Tempat : PLN Bukit Dumbar, Penang
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 3.00 - 7.00 pm

Tempat : PL Dewan Badminton Berapi, Bukit Mertajam
Hari : Ahad
Masa : 11.00 am hingga 2.00 pm

PPN - Bertanyakan senarai nama atlet Program Pelapis Negeri bagi tahun 2011. Bercadang untuk mengadakan perjumpaan bersama JSM setelah menerima surat penyambungan kontrat dari pihak PT USPTNPP dan cadangan disambut baik oleh JPM.

JPM - Memaklumkan senarai nama atlet bagi Program Pelapis Negeri 2011 akan diserahkan pada 1 Februari 2011.

Latihan hari ini dilanjutkan sehingga pukul 11.00 pagi kerana menggantikan JLN MSNPP yang menjalani ujian kesihatan.

Diakhir perbincangan bersama dengan JPM, mengucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan jika ada sebarang masalah dibawa berbincang bersama PPN.

Meningggalkan PLN pada pukul 11.20 pagi. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved