LAPORAN SEKITAR PROGRAM TID SUKAN TERJUN
Pada 23hb dan 24hb Ogos 2010 (Isnin dan Selasa) telah diadakan satu Pencarian Bakat Baru (TID) Sukan Akuatik (Renang & Terjun) di 4 buah sekolah disekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas Pulau Pinang. Sekolah-sekolah yang terpilih berhampiran Pusat Latihan Negeri bagi kedua-dua acara sukan tersebut. Sekolah yang dipilih adalah SK Seri Permai, SK Bayan Baru, SRJKC Chong Cheng dan SRJKC Shih Chung (Caw).
TID kali ini disertai oleh JLN Renang (Pn.Tian Kui Hua) & Terjun (En.Xu Ji), wakil Pusat Satelit ISN P.Pinang (Cik Lim Shin Yee), Penyelaras MSNegeri (Pn.Sharifah Shahida), wakil Persatuan (Cik Lee Soo Ann) dan 2 pelajar praktikal MSNegeri.
Seramai 159 pelajar yang terpilih untuk ke sesi ke-2 pemilihan iaitu 133 pelajar memiliki kriteria untuk diserapkan ke sukan renang dan 26 pelajar terpilih ke sukan terjun. Pemilihan kali ini berdasarkan ukuran saiz badan dan ujian basic sahaja (tangan dan kaki) kepada semua pelajar. Untuk sukan renang, TID dijalankan dikalangan pelajar Tahun 5 dan untuk sukan terjun adalah Tahun 1.
Sepanjang 2 hari TID ini dijalankan, Jurulatih berpendapat, kebanyakan pelajar Melayu mempunyai kelenturan badan yang flexsi berbanding pelajar Cina. Dan ketinggian tangan dan badan, kebanyakan pelajar Melayu lebih mempunyai bahagian badan dan tangan yang panjang dari pelajar Cina, ini mungkin disebabkan faktor pemakanan dan gender. Tetapi ini semua bergantung kepada kesungguhan pelajar/atlet itu sendiri untuk berjaya kerana tanpa usaha yang gigih kejayaan tidak akan tercapai.
Rentetan daripada pencarian bakat baru ini, pihak USPTN bersama-sama dengan Persatuan akan mengadakan satu Perjumpaan dengan Ibubapa Pelajar yang terpilih pada 29hb Ogos 2010 (Ahad) dan diadakan di Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang. Pada perjumpaan ini akan diterangkan mengenai program pelapis di Pulau Pinang dan rancangan yang telah dirancang oleh USPTN dan Persatuan didalam membantu atlet mengilap bakat2 yang baru hendak bermula ini.
Akhir sekali, di ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPN Negeri, Unit Sukan MSSPP, Guru Besar sekolah dan PK Koko yang terlibat sepanjang pencarian bakat baru ini diadakan. Sokongan daripada pihak sekolah amat kami hargai dan semoga hubungan dua hala ini dapat dikekalkan bagi membantu satu sama lain mencapai hasrat kerajaan 1 pelajar 1 Sukan dan Mencapai Ke arah Kecemerlangan Sukan.
Sekian dari saya, Shasha Tarmuzi.
0 comments:
Post a Comment