Thursday, August 26, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN SDO - SUKAN TERJUN

Tarikh Lawatan : 19hb Ogos 2010 (Khamis)
Tempat Lawatan : Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang
Sukan : Akuatik (Terjun)
Masa Lawatan : 8.40 malam sehingga 10.05 malam

Sepanjang pemantauan, didapati seramai 7 atlet yang hadir (4 atlet pelapis & 3 atlet pembangunan) yang hadir. 3 atlet tidak dapat hadir kerana menghadiri tuisyen. Latihan dijalankan di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang kerana kolam terjun masih tidak boleh digunakan sehingga diberitahu kelak oleh pihak Pengurusan Penevents Sdn.Bhd. Latihan dijalankan bersama-sama dengan atlet gimnastik di akademi tersebut.

Latihan yang dijalankan adalah latihan darat sahaja. Bentuk latihan adalah yang dijalankan adalah seperti berikut :

Semua Atlet

1. Permulaan latihan-

Jogging 5 round, warm-up dan stretching- Statik Ligament Stretching (15min)- Stretching joint pada otot bahagian peha dan betis (15min)- Angkat kaki BC (Pike & Tuck) (15x - 2 set)- BC (Pike & Tuck) 2 set - 30sec.

2. Latihan -

Angkat bahu 2 belah (30x - 3 set)- Naikan bahagian atas badan (30x - 3 set)- Naikkan kaki untuk lakukan BC (Pike & Tuck) (20x - 3 set)- Latihan untuk otot belakang badan (50x - 5 set)- Latihan untuk bahu seperti berkayuh (20x - 4 set)- Latihan Tuck - 20x- Latihan posture

3. Warm-down dan regangan

Ketika lawatan, Pegawai Physiology Sukan dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang, En.Cheah Boon Chong ada hadir sama memantau keadaan latihan yang dijalankan.

Disebabkan latihan terjun amat memerlukan kemudahan prasarana, ada beberapa cadangan telah diambil. Akan mengadakan latihan didarat di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang pada hari Isnin hingga Khamis dan Jumaat hingga Ahad akan melakukan latihan air di PLN Perak dan PLN Perlis. Ini bergantung kepada bentuk kewangan pihak MSNegeri. Pada 29hb Ogos 2010, akan diadakan Perjumpaan Bersama Ibubapa bagi menerangkan status kemudahan PLN di PISA dan beberapa program yang telah dirancang oleh MSNegeri, Pelapis dan ISN serta Persatuan.

Sekian, terima kasih.

--

Shasha Tarmuzi










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved