Friday, August 13, 2010

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KEJ. BERBASIKAL PIALA YB SYED AMIRUDDIN 3/2010




Tarikh :08 Ogos 2010
Tempat : Sungai Ara, Pulau Pinang
Masa : 9.00 pagi
Atlet : 32 atlet ( 25 lelaki & 7 wanita)
Anjuran : Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya / Persatuan Berbasikal Pulau Pinang

Kejohanan Lumba Basikal Jalan Raya Terbuka Piala YB Syed Amiruddin Bin Dato’ Syed ahmad kali Ketiga 2010 telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya. Perlumbaan ini bermula pada pukul 9.20 pagi. Garis permulaan dan tamat adalah di hadapan SK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Berhampiran Kem 2 Askar Melayu.

Perlumbaan ini disertai oleh 32 orang pelumba (25 Lelaki & 7 Wanita). Bagi kategori lelaki diungguli oleh Muaz bin Rahim diikuti oleh Hafiq bin Alias di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Meisheelan a/l Ganesan. Bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Norazimah bt Abd Rashid, Nurul Shannas bt Moktar pula ditempat kedua dan Dayang Nor Fitri bt Zahrain di tempat ketiga.

Perlumbaan dan majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 12.00 tengahari.

Laporan Oleh : Hamidi Lokman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved