Monday, August 30, 2010
Thursday, August 26, 2010
LAPORAN PEMANTAUAN SDO - PLN BADMINTON
Masa : 3.15ptg hingga 3.45pg
4.35ptg hingga 5.30ptg
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Aktiviti yang dijalankan dari 3.15ptg hingga 3.45ptg :
1. Memantau atlet menjalani latihan dan mendapati 12 atlet yang hadir pada masa tersebut. Latihan dijalankan berperingkat-peringkat dari 3.00 petang hingga 7.00 malam.
2. Perjumpaan bersama JSM Loh Bok Sheang membincangkan tentang kelewatan menghantar lapuran bulanan dan bertanyakan jika ada sebarang masalah yang dihadapi. Maklumbalas dari JSM untuk setakat ini tidak ada.
Kepusat Latihan Sukan Skuasy yang terletak di sebelahan dengan Pusat Latihan Badminton hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki.
Aktiviti selanjutnya yang dijalankan dari 4.35ptg hingga 5.30ptg :
1. Perjumpaan bersama JPM Razlan membincangkan perkara berikut :
PPN - Bagaimana kehadiran latihan dibulan puasa.
JPM - Memaklumkan latihan berjalan seperti biasa dan terdapat kekurangan kehadiran atlet. Memaklumkan sepanjang bulan puasa beliau akan pulang seawal pukul 5.30 petang atau 6.00 petang.
PPN - Memaklumkan bahawa perkara ini telah dibincangkan bersama Setiausaha Persatuan.
JPM - Memohon untuk penganti JSM Lim Yee Theng yang telah menamatkan kontrak pada bulan Julai 2010.
PPN - Pengambilan/Pengantian JSM yang baru hanya akan dipertimbangkan untuk tahun hadapan.
2. Kesempatan waktu diambil untuk beramah-mesra dengan keluarga yang hadir dan berjumpa dengan Penolong Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang yang kebetulan berada di tempat latihan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
--
Read more...
LAPORAN SEKITAR PROGRAM TID SUKAN TERJUN
LAPORAN PEMANTAUAN SDO - SUKAN TERJUN
Tarikh Lawatan : 19hb Ogos 2010 (Khamis)
Tempat Lawatan : Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang
Sukan : Akuatik (Terjun)
Masa Lawatan : 8.40 malam sehingga 10.05 malam
Sepanjang pemantauan, didapati seramai 7 atlet yang hadir (4 atlet pelapis & 3 atlet pembangunan) yang hadir. 3 atlet tidak dapat hadir kerana menghadiri tuisyen. Latihan dijalankan di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang kerana kolam terjun masih tidak boleh digunakan sehingga diberitahu kelak oleh pihak Pengurusan Penevents Sdn.Bhd. Latihan dijalankan bersama-sama dengan atlet gimnastik di akademi tersebut.
Latihan yang dijalankan adalah latihan darat sahaja. Bentuk latihan adalah yang dijalankan adalah seperti berikut :
Semua Atlet
1. Permulaan latihan-
Jogging 5 round, warm-up dan stretching- Statik Ligament Stretching (15min)- Stretching joint pada otot bahagian peha dan betis (15min)- Angkat kaki BC (Pike & Tuck) (15x - 2 set)- BC (Pike & Tuck) 2 set - 30sec.
2. Latihan -
Angkat bahu 2 belah (30x - 3 set)- Naikan bahagian atas badan (30x - 3 set)- Naikkan kaki untuk lakukan BC (Pike & Tuck) (20x - 3 set)- Latihan untuk otot belakang badan (50x - 5 set)- Latihan untuk bahu seperti berkayuh (20x - 4 set)- Latihan Tuck - 20x- Latihan posture
3. Warm-down dan regangan
Ketika lawatan, Pegawai Physiology Sukan dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang, En.Cheah Boon Chong ada hadir sama memantau keadaan latihan yang dijalankan.
Disebabkan latihan terjun amat memerlukan kemudahan prasarana, ada beberapa cadangan telah diambil. Akan mengadakan latihan didarat di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang pada hari Isnin hingga Khamis dan Jumaat hingga Ahad akan melakukan latihan air di PLN Perak dan PLN Perlis. Ini bergantung kepada bentuk kewangan pihak MSNegeri. Pada 29hb Ogos 2010, akan diadakan Perjumpaan Bersama Ibubapa bagi menerangkan status kemudahan PLN di PISA dan beberapa program yang telah dirancang oleh MSNegeri, Pelapis dan ISN serta Persatuan.
Sekian, terima kasih.
--
Shasha Tarmuzi
Wednesday, August 25, 2010
PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA vs THAILAND - 1st sesi
Perlawanan persahabatan melibatkan 10 regu iaitu 5 Regu Elit Malaysia, 3 Regu Pelapis Kebangsaan dan 2 Regu Thailand. Perlawanan bermula pada pukul 10.45 malam dan berakhir pada pukul 2.00 pagi. 3 gelanggang digunakan pada perlawanan ini.
Perlawanan ini bertujuan mencari keserasian diantara pemain-pemain disamping memantapkan pasukan bagi menghadapi Sukan Asia, November nanti. Siri perlawanan ini akan diteruskan lagi pada malam ini dan esok (26 & 27 Ogos) di venue yang sama. Kerjasama yang baik juga diberikan oleh Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang yang turut membantu. Hadir sama pada perlawanan ini Presiden PSM Dato’ Ahmad Ismail & Setiausaha PSM Dato Arshad Yahya.
Sekian, laporan ringkas oleh Hamidi Lokman.
Read more...
PEMANTAUAN SDO - PLN MEMANAH
Read more...
Tuesday, August 24, 2010
PEMANTAUAN SDO - PLN ANGKAT BERAT, TITI MUKIM SEBERANG PERAI UTARA
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, SPU
Jurulatih : En. Jamil Hashim
Atlet : 8 orang ( 2 wanita & 6 lelaki)
Ulasan
Latihan
Pada bulan ramadhan ini beberapa teknik dan program latihan telah diringankan. Latihan terpaksa diadakan secara bergilir-gilir kerana kekurangan dan kerrosakan peralatan.
Peralatan
Beberapa peralatan didapati rosak adalah seperti berikut : Plate Hijau 10kg 2 unit pecah, Jerk Table 4 unit rosak dan 3 unit platform rosak. Perbingcangan dengan pihak Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan diadakan bagi menyelesaikan masalah ini.
Isu Berbangkit
Pada bulan Mei lepas En Jamil terpaksa mengugurkan dan melepaskan beberapa orang atlet atas sebab kekangan daripada keluarga dan ada yang berpindah mengikut keluarga. Sehubungan itu, beliau terpaksa bekerja dengan lebih gigih untuk melatih atlet baru.
Cadangan
En. Jamil (JSM) memohon untuk meletakan banting di depan Kompleks Sukan Titi Mukim dan beberapa lokasi lain bagi tujuan mempromosi sukan angkat berat di sekitar kawasan Teluk Ayer Tawar.
Bersama-sama ini dilapirkan gambar untuk makluman tuan.
Read more...
Wednesday, August 18, 2010
LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN SDO KE PLN MENEMBAK
Tarikh : 17 Ogos 2010
Tempat : Pusat Latihan menembak, Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 3.30 Petang
Atlet : 8 orang
Jurulatih : En. Ivarn Syazwan
Kehadiran
Kehadiran pada hari ini seramai 8 orang. Pecahan kehadiran adalah 3 lelaki dan 5 wanita.
Latihan
Latihan berjalan dengan baik. Menurut Jurulatih, jumlah keseluruhan atlet telah meningkat kepada 14 orang. Jurulatih akan menghantar maklumat atlet terkini dalam masa terdekat.
Disiplin
Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.
Isu – Isu Berbangkit
Tiada
Lain-Lain
Perbincangan dengan Setiausaha Kelab tentang DO pembelian jaket. Pihak Kelab akan membantu menyelesaikan & menulis surat makluman tentang perkara tersebut.
Laporan Oleh : Hamidi Lokman
PEMANTAUAN SDO KE PLN TINJU
Masa : 4.45 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Prai Utara, Butterworth, Pulau Pinang.
Jumlah atlet : 13 orang
Hadir : 6 orang
Perjumpaan bersama JSM Zainuddin untuk menyerahkan cek elaun bagi bulan Februari hingga Jun 2010 yang baru diterima dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN.
Sepanjang pemantauan, mendapati atlet menjalani latihan dengan penuh semangat walaupun di bulan puasa. Mereka yang hadir merupakan bakal atlet yang akan di bawa ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri yang akan berlangsung dalam bulan Oktober 2010.
Memeriksa peralatan latihan dan mendapati Gloves yang sediada hanya 10 oz dan 12 oz sahaja. JSM Zainuddin memohon untuk mendapatkan Gloves 14 oz sebanyak 4 pasang dan 16 oz 2 pasang untuk tujuan latihan.
Tindakan yang diambil :
17 Ogos 2010 telah berbincang dengan Penyelaras Sukan MSNPP dan PSN untuk medapatkan Gloves bagi 14 oz sebanyak 4 pasang dan 16 oz sebanyak 2 pasang bagi tujuan latihan.
Diakhir sesi latihan, telah berjumpa dengan atlet dan memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan latihan. Bercadang untuk bertemu keluarga atlet selepas hari raya dan meminta JSM Zainuddin memaklumkan kepada atlet yang lain dan menetapkan hari perjumpaan.
Sebelum meninggalkan pusat latihan, telah meluangkan masa untuk melihat atlet angkat berat dan JSM Jamil yang sedang menjalani latihan di sebelahan pusat latihan tinju.
Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Read more...