Monday, December 28, 2009

Perjumpaan Atlet & Gotong Royong - Memanah

Untuk makluman, pihak saya telah membuat satu perjumpaan bersama atlet dan laporan ringkas adalah seperti dibawah :-

Program : Perjumpaan Atlet & Gotong Royong Kemas Stor Peralatan
Tarikh : 19hb Disember 2009 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan MSN P.Pinang

Pada hari Sabtu (19/12/2009) yang lepas, satu perjumpaan telah dibuat kerana beberapa perkara perlu dibangkitkan dan perlu diingatkan kepada atlet. Ini kerana berdasarkan laporan bulanan daripada jurulatih didapati kehadiran atlet kurang memuaskan. Beberapa atlet telah dikenalpasti kurang menghadiri latihan memanah walaupun telah tamat peperiksaan SPM. Atlet2 tersebut telah diberi peringatan dan diberi peluang bagi menunjukkan & meningkatkan prestasi.

Pemilihan atlet bagi ke Program Sukma & Pelapis akan diadakan pada 9 & 10 Jan 2010 (Sabtu & Ahad). Selain jumlah skor, kriteria lain juga diambil kira seperti disiplin, kehadiran ke latihan dan pencapaian semasa.Selepas perjumpaan, telah diadakan satu aktiviti iaitu mengemas stor peralatan. Sebelum ini keadaan stor amat padat dengan barang2 yang boleh digunakan dan yang tidak boleh digunakan.

Kami mengambil pendekatan untuk mengemas bersama-sama dan menjaga kebersihan stor memanah. Terima kasih kepada atlet yang bertungkus lumus mengemas stor menjadi lebih teratur dan kemas.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN

Susun kemas-kemas ..

Atlet yang hadir ..


Apa yang penting, kerjalah sama .. semangat 1 pasukan


Dengar sini semua atlet-atlet .. taklimat oleh PPN, Pn. Shasha ..




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved