KEJOHANAN BERBASIKAL PESTA PULAU PINANG 2009
Persatuan Berbasikal Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara serta sokongan daripada Kerajaan Negeri telah menganjurkan Kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang pada 12 - 13 Disember yang lalu di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Berikut adalah laporan ringkas dari Jurulatih Berbasikal Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) En. Eddie Norshamshidi tentang kejohanan berkenaan.
Pada 12 da 13 Disember 2009 Akademi Serantau Zon Utara telah menghantar pasukan berbasikal menyertai Kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang 2009. Seramai 9 orang atlet telah dinamakan untuk menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada:-
1) Muaz Abd Rahim
2) Mohd. Anaz Norman
3) Mohd. Syairazi Mohd. Fuad
4) Mohd Al-Ghazali Abd Hamid
5) Norazimah Abd Rashid
6) Siti Nurshahirah Zainol
7) Dayang Noorfetri Zaharin
8) Siti Niuhajar Wilda Abd Rani (tindakan)
9) Norshahira Abd. Rani (tindakan)
Berikut adalah keputusan perlumbaan yang dicapai oleh pasukan ASZU ini temasya tersebut:-
1) Muaz Abd Rahim (Kategori Senior)- memenangi tempat ke-3 Roadarace round island 90km Open dan menerima wang tunai RM 150 dan medal.
- memenangi tempat ke-4 Criterium dan menerima medal.- memenangi tempat ke-2 MTB scratch dan menerima wang tunai RM 75 dan medal.
2) Mohd Al-Ghazali Abd Hamid (Kategori Junior)- memenangi tempat pertama Criterium dan menerima wang tunai RM100 dan medal
3) Norazimah Abd Rashid (Kategori Wanita)- memenangi tempat pertama Criterium dan menerima wang tunai RM 100 dan medal.
4) Siti Nurshahirah Zainol- memenangi tempat ke-4 Criterium dan menerima medal.
Selain itu, prestasi atlet lain seperti Anaz,Syairazi dan Dayang amat menunjukkan peningkatan dan saya berpuas hati dengan mutu kayuhan yang dipamerkan mereka. Kejohanan tersebut juga berjalan lancar dan juga berkualiti dengan kehadiran hampir 150 orang pelumba dengan kehadiran beberapa pelumba elit kebangsaan seperti Suhardi Hassan, Wan Najmee,Nor Rizuan Zainal, Shahrul Mat Amin,Hafiz Rosli,Sulha Sulaiman,Husna Abu Bakar,Norhidayah Yusari, Ruzatul zanariah.
Terdapat juga tindakan pengantungan atau melarang dari menyertai kejohanan yang dikenakan oleh saya kepada 2 atlet ASZU iaitu;-
1) Siti Niuhajar Wilda Abd Rani
2) Norshahira Abd. Rani
Tindakan ini diambil kerana beberapa sebab yang munasabah dan difikirkan perlu :-
1) Kehadiran semasa latihan amat buruk atau ponteng.
2) Prestasi kayuhan semasa terlalu lemah dan tidak mencapai tahap minima kondisi pelumba.
3) mengingkari arahan jurulatih dan warden dalam mematuhi peraturan ASZU.
4) Tidak menunjukkan keseriusan dalam menjalani latihan.
Sekian untuk laporan ringkas, Terima Kasih
Laporan Oleh : Eddie Norshamshidi, ASZU Cycling Coach.
0 comments:
Post a Comment