Sunday, March 27, 2016

LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 25 Mac 2016 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Program hari keempat diteruskan seperti biasa dengan atlet bergerak dari hotel pada jam 6.30 pagi menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan taklimat pagi oleh En.Giam sebelum nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Selepas itu, atlet diberi masa selama 15 minit untuk regangan dan berlari "slow jog" sebanyak 5 pusingan. Atlet dilepaskan untuk bersarapan pagi sebelum bergerak ke lapang sasar untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Sesi latihan pagi diteruskan dengan latihan Shooting Skill (Teknikal) jarak 15 meter dengan dipantau oleh jurulatih. Semasa sesi latihan, jurulatih banyak memperbetulkan teknik release sebelum melepaskan arrow. Selesai latihan pagi atlet bergerak ke dewan makan untuk makan tengahari dan solat jumaat sebelum latihan petang bersambung.

Sebelah petang bersambung dengan sesi latihan Shooting Skill (Teknikal) jarak 30 meter. Sebelum latihan jurulatih meminta semua atlet untuk mengisi borang diskripsi laporan pemanah bagi dinilai oleh jurulatih pada keesokan hati mengikut pecahan kumpulan.

Pengisian program malam diteruskan dengan Sesi Edication Sport Science (Biomekanik) bersama Pegawai Biomekanik ISN Cik Yallini. Penceramah menerangkan bahagian anggota tubuh badan menghasilkan pengerakan dengan berbagai-bagai teknik untuk penghasilan tubuh, daya dan imbangan yang optimum. Biomekanik ini juga dibahagikan kepada 2 kaedah iaitu secara statistik dan dinamik. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet bergerak balik ke hotel.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK

Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 5.00 pm - 7.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Liu Shu Nan - JLN MSNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Horizontal bar
3. Floor exercise

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat pada 21-24 April 2016 di Terengganu.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung - Bocor di sesetengah kawasan dan ruang udara yang terbuka menyebabkan air masuk ke dalam gimnasium terutama sekali ketika hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet menjalani latihan seperti yang dijadualkan oleh jurulatih.
2. Jurulatih memohon PPN untuk mendapatkan peraturan Karnival Bakat yang akan berlangsung pada 21-24 April 2016 bagi memudahkan latihan dijalankan.
3. Tiada kecederaan yang serius berlaku semasa sesi latihan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 24 Mac 2016 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Seperti biasa, hari ketiga kem diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke   Lapang Sasar Kompleks Sukan MSN Keramat dengan menaiki bas yang disediakan. Sampai di lapang sasar, atlet diminta berkumpul untuk perhimpunan pagi dan bacaan doa pada jam 7.00 pagi. Atlet juga diberi masa selama 30 minit untuk senaman pagi dimana diketuai oleh penghulu yang dilantik. Selesai senaman atlet dilepas untuk sarapan pagi sebelum bergerak ke padang untuk meneruskan sesi "Shooting Skill" dengan jarak lelaki (70 meter) dan wanita (60 meter). Sesi latihan ini mengambil masa 4 jam sebelum atlet diberi pelepasan untuk makan tengahari dan solat zohor.

Sesi sebelah petang diteruskan lagi dengan sesi tayangan video. Dalam masa yang sama memberi gambaran agar sukan yang di ceburi bukan mudah nak berjaya tanpa usaha. Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan". Sesi tayangan video tamat pada jam 4.00 petang.

Atlet diminta berkumpul sekali lagi di padang untuk sesi bersama jurulatih dan meneruskan latihan "Shooting Skill" dengan jarak lelaki (60 meter) dan wanita (50 meter). Sesi latihan hanya bertahan selama 1 jam disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Atlet diarah bergerak ke dewan kuliah untuk sesi bersama jurulatih.

Sesi malam merupakan aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Aktiviti "team building" dikendali sepenuhnya oleh Explora team consultant. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi untuk hari ini tamat pada jam 10.00 malam dan akan bersambung pada esok hari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. 6 Atlet 

LATIHAN
1. Back Squat
2. Lunges
3. Bench Press

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana kebanyakkan atlet menghadiri kelas tambahan di sekolah.
3. Jurulatih memaklumkan pada kejohanan yang lepas atlet U15 dan U16 menunjukkan peningkatan dalam kayuhan dan pertandingan.
4. Pihak USPTNPP memaklumkan kepada jurulatih berkaitan dengan Kejohanan JCM Critirium dan perlu menyertai kejohanan tersebut.
5. Atlet- atlet menjalani latihan dengan baik dan melakukan segala program latihan yang ditetapkan oleh pihak ISNPP.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Thursday, March 24, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Hari kedua Kem Bakat Memanah diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi pada jam 6.30 pagi untuk bergerak ke institut Sukan Negara bagi sesi ujian kecergasan. Ujian Kecergasan ini dikelola sepenuhnya oleh pihak ISNM yang diketuai oleh Encik Tommy bersama penguji-penguji yang dilantik. Antara ujian yang dijalankan adalah Anthropometry, Flexibility (Modified Sit & Reach), Strength Endurance (Push Up, Crunches & Planking) & Aerobic (larian 2.4km).

Setelah selesai Ujian Kecergasan sebelah pagi, atlet berkumpul dan bergerak ke Kompleks Sukan Negara Taman Keramat untuk makan tengahari dan active rest selama 2 jam sebelum bersambung pada sebelah petang.  

Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique (Amali). Pada sesi ini jurulatih yang berpengalaman seperti Jurulatih Othman, Jurulatih Izzudin dan beberapa orang lagi jurulatih akan membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang.

Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Motivasi Psikologi yang disampaikan oleh Cik Nik Azma Hanin dari Pusat Psikologi Sukan ISNM. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang dapat dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet dilepaskan untuk minum malam sebelum bergerak balik ke hotel untuk berehat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved