Wednesday, May 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 13 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Jurulatih - JLN Liu Shu Nan 

2. Atlet - 6 atlet (Pelapis)

Latihan
1. Floor Exercise (Row, Back Row & Cut Wheel)

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1. Setakat ini beberapa peralatan masih boleh digunakan lagi dan ada juga beberapa peralatan perlu dibaiki atau diganti kerana rosak.

Program Binaan
Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana minggu peperiksaan.

2. Perlu penambahan atlet dan perlu jalankan TID di beberapa sekolah.

3. Jurulatih Liu Shu Nan (JLN) mengusulkan supaya menambah seorang jurulatih wanita sambilan.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan
Azira Binti Azizan





Read more...

Friday, May 10, 2013

KEM BINA SEMANGAT ATLET SUKMA XVI, KUALA LUMPUR 2013

Tarikh : 10 hingga 12 Mei 2013.
Tempat: Harvard Suasana Hotel, Bedong, Kedah Darul Aman

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengadakan Kem Bina Semangat Fasa 1 untuk atlet yang akan menyertai Sukan Malaysia XVI, Kuala Lumpur. Seramai 96 orang atlet terdiri daripada 43 atlet lelaki dan 63 atlet wanita, Penyelaras Sukan Negeri dan 18 urusetia hadir dalam kem kali ini yang melibatkan 9 jenis sukan iaitu Lawan Pedang, Futsal (L&W), Silambam, Ekuestrian, Polo Air (W), Gimnastik, Bina Badan, Kabaddi dan Woodball. Pihak USPTN (PKU & 4 orang PPN) juga turut terlibat dalam kem tersebut.

Tujuan utama penganjuran kem ini adalah persiapan atlet ke Sukan Malaysia XVI, Kuala Lumpur 2013 dimana ia dapat menguji setiap atlet dari segi mental, fizikal dan emosi. Di samping itu juga ia dapat mengeratkan lagi silahturahim antara satu sama lain. Atlet juga akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk semangat jati diri serta menerap semangat sepasukan.

Aktiviti dimulakan dengan sesi “pendaftaran” seawal jam 10.00 pagi (Jumaat) yang dikendalikan oleh urusetia. Kem ini dijadual akan tamat pada 12 Mei 2013 (Ahad).

Sekian, Terima Kasih.










Read more...

JAWATAN KOSONG – PEMBANTU TADBIR (N17) DI USPTN PULAU PINANG


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; 

Dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia@kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kebolehan mengendalikan komputer, Microsoft Office dan/atau berpengalaman dalam bidang Perakaunan) 



Sila hantar resume anda kepada;
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
d/a Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban
Pulau Pinang


Tarikh Tutup : 20 Mei 2013

Read more...

Thursday, May 9, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL (GYM)


Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Tempat : Gymnasium MSNPP
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang

KEHADIRAN
Atlet : 6 lelaki & 3 wanita
Jurulatih : En. shukor, En. Zahari & En. Munir
Staff ISN : En. Shahelmy Shahuri

LATIHAN                  
- Latihan fizikal di kendalikan oleh staff ISN En.Shahelmy Shahuri dibantu dengan jurulatih yang hadir.
- Selain program latihan fizikal, jurulatih memfokuskan teknik kayuhan yang betul pada sesi seterusnya.
- Program Latihan  :
         1. Half Squad
         2. Side Lunges
         3. Leg Extension
         4. Calf Raise
         5. Hamstring Curl
         6. Hack Squad

- Sesi latihan tamat pada pukul 6.30 petang.

PERTANDINGAN
- Kejohanan paling hampir yang  bakal disertai pasukan berbasikal ialah Kejohanan Trek Berbasikal Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2013 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 Mei 2013 di Velodrome Cheras kuala Lumpur.

KECEDERAAN
- Tiada

DISIPLIN                   
- Kehadiran atlet ke tempat latihan agak lewat.

ULASAN
- Peralatan seperti basikal mengalami kerosakan dan mengganggu jadual latihan.
- Beberapa atlet baru diuji dan diambil untuk menambah bilangan atlet yang sedia ada.


Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin







Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TENPIN BOLING


Tarikh : 8 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat : Mega Lanes Bowling Center, Seberang Perai

Kehadiran
1. Jurulatih
- JSM Nooriani Abdul Rahman 

2. Atlet
- 2 atlet lelaki & 2 atlet wanita (Double AA)
- 3 atlet lelaki & 4 atlet wanita (SUKMA)
Latihan
1. Latihan pusat selama seminggu dari 7 hingga 13 Mei 2013 dibawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).

Ujian
Tiada

Pertandingan
1. Nur Amirah Auni Binti Azman (Skuad Elit MSNPP) terpilih dan akan menyertai ke Kejohanan Singapura Open 2013 pada 25 hingga 30 Mei 2013.

Kecederaan
Tiada.

Peralatan
Kelengkapan peralatan latihan hak milik atlet sendiri.

Program Binaan
Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Atlet dibawah program Pelapis baru selesai pemilihan Roll Off ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada 7 Mei 2013 dan seramai 5 atlet lelaki dan 6 atlet wanita telah terpilih untuk mewakili skuad Pulau Pinang ke MSSM yang akan berlangsung di Johor.

2. Jurulatih juga ada berbincang dan memaklumkan agar sesi latihan bagi sukan Tenpin Boling dijalankan pada 1 pusat sahaja memandangkan ada sesetengah ibu bapa mengadu dari segi masa, jarak dan sebagainya. Saya juga akan membawa perkara ini untuk dibincang bersama pihak Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang.

3. Komitmen latihan daripada atlet amat memuaskan memandangkan hampir 2 minggu sebelum kejohanan disertai. Sokongan daripada ibu bapa yang hadir juga memberi satu semangat berlawan dalam setiap diri atlet semasa latihan.

3. Di Akhir pemantauan sesi perjumpaan diteruskan dan mengingat setiap atlet perlu menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan sedia menerima teguran daripada jurulatih semasa sesi latihan bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh







Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved