LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018
Tarikh : 4 Julai 2018 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil
Hari ini merupakan hari terakhir untuk 4 orang gimnas dari pasukan Pulau
Pinang melakukan apparatus bola dalam kategori pre-junior pada sesi pagi hari
ini, dan majlis penyampaian hadiah bermula pada pukul 2.30 petang.
Dalam kategori pre-junior alat bola, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat
markah 8.70, Evelyn Foo Yifei mendapat markah 4.95, Victoria Manalang Tan Fu
Hui mendapat markah 7.05 dan Tan En Qi mendapat markah 4.85. Dengan prestasi
yang memuaskan dan selepas membuat latihan yang secukup, Caitlin Cheah Pei
Syuen mendapat tempat ketiga bagi alat bola. Selain itu, 4 gimnas dari kategori
pre-junior telah memenangi tempat kedua dalam acara kumpulan. Caitlin Cheah Pei
Syuen juga mendapat tempat ketiga dalam individu keseluruhan.
Prestasi gimnas dari kategori pre-junior telah meningkat sebab mereka
membuat latihan yang cukup. Caitlin Cheah, Evelyn Foo dan Victoria Manalang
juga menjalankan latihan di Kuala Lumpur dan akan mengambil bahagian dalam
kejohanan SUKMA 2018 pada bulan September 2018.
Oleh itu, jumlah keseluruhan pungutan pingat bagi kejohanan kali ini
ialah 1 Perak dan 6 Gangsa. Terdapat banyak kesilapan dan gimnas perlu
meningkatkan prestasi mereka dengan menjalani latihan yang lebih baik di pusat
latihan negeri bersama jurulatih, tumpuan diberikan kepada gimnas yang akan ke
SUKMA PERAK September ini.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment