LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018
Tarikh : 3 Julai 2018 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara
Malaysia, Bukit Jalil
Pada hari ini 8 orang gimnas dari pasukan Pulau
Pinang melakukan apparatus riben dalam kategori pre-junior dan under 11 pada
sesi pagi hari ini, dan freehand dalam kategori pre-junior dan alat gelung
dalam kategori under 11 pada sesi petang hari ini.
Dalam kategori under 11 alat riben, Nicole Cheng
Qi Ern mendapat markah 8.00, Nuralynn Bt Mohd Shaari mendapat markah 4.50, Lee
Jing Ying mendapat markah 4.95, dan Iris Tan Yi Hong mendapat markah 3.70.
Dengan prestasi yang memuaskan, Nicole Cheng Qi Ern mendapat tempat ketiga bagi
alat riben. Selain itu, prestasi gimnas lain telah meningkat berbanding dengan
prestasi semalam.
Dalam kategori under 11 alat gelung, Nicole
Cheng Qi Ern mendapat markah 7.20, Lee Jing Ying mendapat markah 2.95, dan Iris
Tan Yi Hong mendapat markah 3.85. Nicole Cheng Qi Ern mendapat tempat kelima
bagi alat gelung. Selain itu, 4 gimnas dari kategori under 11 telah memenangi
tempat ketiga dalam acara kumpulan. Nicole Cheng Qi Ern juga mendapat tempat
kelima dalam individu keseluruhan.
Dalam kategori pre-junior alat riben, Caitlin
Cheah Pei Syuen mendapat markah 2.10, Evelyn Foo Yifei mendapat markah 5.55,
Victoria Manalang Tan Fu-Hui mendapat markah 5.20, dan Tan En Qi mendapat
markah 2.40. Caitlin Cheah Pei Syuen dan Tan En Qi mendapat markah yang rendah
kerana riben beliau terikat semasa pertandingan. Markah dipotong sebab masa
dibuang untuk membuka riben.
Dalam kategori pre-junior tanpa alat, Caitlin
Cheah Pei Syuen mendapat markah 9.00, Victoria Manalang Tan Fu-Hui mendapat
markah 7.85, dan Tan En Qi mendapat markah 6.75. Dengan prestasi yang
memuaskan, Caitlin Cheah Pei Syuen mendapat tempat keempat bagi tanpa alat.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment