Tuesday, July 3, 2018

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 2 Julai 2018 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Under 11 dan Pre-junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 8 orang gimnas iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Nuralynn Bt Mohd Shaari, Iris Tan Yi Hong, Lee Jing Ying, Angie Tan En Qi, Caitlin Cheah Pei Syuen, Evelyn Foo Yifei, dan Victoria Manalang Tan Fu Hui.

Bagi kategori U11, seramai 4 orang gimnas dari pasukan Pulau Pinang melakukan alat belantan pada sesi pagi hari ini, iaitu Nicole Cheng Qi Ern, Nuralynn Bt Mohd Shaari, Iris Tan Yi Hong dan Lee Jing Ying. Seramai 27 gimnas mengambil bahagian dalam kategori U11. Nicole Cheng Qi Ern mendapat markah 8.90 dan memenang tempat keempat dalam alat belantan. 

Nuralynn Bt Mohd Shaari mendapat markah 3.45, Iris Tan Yi Hong mendapat markah 3.45, dan Lee Jing Ying mendapat markah 1.60. Mereka mendapat markah yang rendah disebabkan prestasi yang tidak memuaskan. Difficulties yang tinggi terlalu susah bagi mereka. Seterusnya, markah execution mereka terlalu rendah. Markah execution termasuk choreography, muzik dan ketepatan routine. Selain itu, gimnas tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain dan pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku.

Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana tidak mencapai matlamat. Jurulatih juga telah berjumpa dengan ketua teknikal untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas berkenaan markah yang diberi. 

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved