Wednesday, September 6, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 17 Ogos 2017 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : SMK Dato' Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Mohd Nadri Bin Mahmood (JSM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ATLET
11 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Plyometric jump box 
3. Medicine ball weight training
4. Hurdle training
5. Lunges & squat training
6. Arm swing training

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Telah selesai menyertai Kejohanan Balapan dan Padang POAK-MSSK-MSN Kelantan 2017 pada 4 dan 5 Ogos 2017 di Kota Bharu, Kelantan.

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dijalankan atlet-atlet menjalani latihan bebanan dan teknik. Padang latihan tidak dapat digunakan kerana terdapat program lain yang berlangsung di padang.
2. Beberapa orang atlet tidak dapat hadir kerana mengikuti program tuisyen sekolah bagi peperiksaan SPM pada tahun ini.
3. Jurulatih akan mengenalpasti peralatan latihan yang diperlukan bagi bantuan pembelian peralatan kecil untuk latihan bagi program USPTN. 
4. Jurulatih memaklumkan terdapat peningkatan prestasi atlet dari segi catatan masa (PB) semasa menyertai Kejohanan Balapan dan Padang POAK-MSSK.MSN Kelantan 2017 yang telah disertai pada awal bulan Ogos yang lalu.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved