Monday, June 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Tinju PLN Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ATLET
1. 6 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Shadow boxing (Pairs)
3. Tumbukan (Punching bag)
4. Cooling down

UJIAN
· Tiada

PERTANDINGAN
· Tiada

KECEDERAAN
· Tiada

PERALATAN
· Memerlukan peralatan latihan glove dan skipping rope

PROGRAM BINAAN
· Latihan bersama Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, tarikh bergantung kepada kegunaan pengangkutan coaster MSN P.Pinang untuk membawa atlet dari PLN Titi Mukim ke Akademi Serantau atau MSNPP.

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat, seramai enam orang atlet hadir menjalani latihan. Atlet-atlet menunjukkan komitmen yang baik ketika menjalani latihan. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet tidak konsisten dan kurang memuaskan pada bulan ramadhan.
2. PPN masih tidak dapat mengesahkan status tawaran atlet ke Akademi Serantau. PPN memaklumkan kepada jurulatih untuk menunggu surat tawaran rasmi sekiranya terdapat atlet yang terpilih. 
3. Lantai gelanggang tinju akan diperbaiki dan dinaik taraf oleh pihak MSN P.Pinang. Pihak kontraktor hanya menunggu LO dari MSN Pulau Pinang untuk memulakan proses naik taraf gelanggang tinju.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved