Thursday, April 6, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 4 April 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET

1. 10 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Risk Toss
3. Routine

UJIAN

1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Perlis
2. Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit Pertama pada 14 hingga 15 April 2017 di Kuala Lumpur
3. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2017 pada 3 hingga 7 Mei 2017 di Kuala Lumpur

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan daripada 16 orang, 10 orang gimnas hadir namun jurulatih memaklumkan dimana mereka mempunyai kelas tambahan yang lain.
2. PPN juga mengarahkan jurulatih untuk lebih berkeras dengan kehadiran atlet ini kerana latihan yang sediada telah ditahap minima dimana 6 jam seminggu, sekiranya gimnas masih tidak dapat memenuhi latihan tersebut dari segi teknikal latihan akan menurun.
3. Jurulatih memaklumkan tidak akan menyertai Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit Pertama pada 14 hingga 15 April 2017 di Kuala Lumpur kerana gred bermula dengan gred 4 dan pasukan Pelapis Pulau Pinang hanya mempunyai 2 orang gimnas tetapi pihak jurulatih menggalakkan atlet untuk pergi ke kejohanan dengan bajet sendiri bersama keluarga memandangkan hanya 2 gimnas.
4.  Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2017 pada 3 hingga 7 Mei 2017 di Kuala Lumpur yang akan datang masih dalam perbincangan kerana 2 gimnas gred 4 dan dua gimnas di Kuala Lumpur menjalani latihan dibawah jurulatih Aigul U10 dan U8.
5. Jurulatih masih dalam persiapan untuk ke Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Perlis.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved