Tuesday, April 25, 2017

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017

Tarikh : 20 April 2017 (Khamis) 
Tempat : Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Perlis

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2017 telah membuka tirai pada tahun 2017 dimana penganjuran kali ini dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan Sukan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 5 hari bermula pada 19 hingga 23 April 2017 yang melibatkan 8 venue pertandingan iaitu Angkat Berat (Parkir Stadium MSNPs), Olahraga (Stadium Negeri Perlis), Memanah (Lapang Sasar MSNPs), Tinju (Gelanggang Tinju MSNPs), Gimnastik (Dewan Gimnastik Sek Keb Sena Kangar), Gimrama (Dewan Rakan Sukan MSNPs), Menembak (Lapang Sasar Menembak Sg Batu Pahat), Sepak Takraw (Dewan Serbaguna MSNPs). Sebanyak 14 negeri mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 8 sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 9.00 pagi dan tiba di Perlis pada jam 12.00 tenghari. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seramai 135 orang yang melibatkan 7 orang pegawai, 18 orang jurulatih, dan 110 orang atlet.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan yang berumur 11 hingga 15 tahun. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan  sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. 

Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah seperti yang dinyatakan.

19 April 2017 (Rabu)
1. Gimrama - Bilik Mesyuarat MSNPs (5.00 ptg)

20 April 2017 (Khamis)
1. Angkat Berat - Venue Angkat Berat Parkir Stadium MSNPs (5.00 ptg)
2. Olahraga - Bilik Mesyuarat Utama MSNPs (5.00 ptg)
3. Memanah - Bilik Mesyuarat Lapang Sasar Memanah MSNPs (5.00 ptg)
4. Tinju - Bilik Mesyuarat Seminar Asrama MSNPs (8.00 mlm)
5. Menembak - Bilik Mesyuarat MSNPs (8.00 mlm)
6. Sepaktakraw - Bilik Mesyuarat Asrama MSNPs (8.30 mlm)

21 April 2017 (Jumaat)
1. Gimnastik - Bilik Mesyuarat Dewan Gimnastik SK Sena (5.00 ptg)

Secara keseluruhan mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit dan pihak penganjur mengingatkan kepada semua negeri agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur mengucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua negeri yang bertanding.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved