Thursday, April 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN HARI PERTAMA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM 2017

Tarikh: 25 April 2017 (Selasa)
Masa: 3.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 bermula pada 25 hingga 28 April 2017 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Pertandingan pada hari pertama dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Manakala sesi kedua bermula pada sebelah malam padan jam 8.15 malam hingga 11.20 malam. Antara acara akhir yang dipertandingkan pada hari pertama adalah bagi acara Lontar Peluru P12, Lompat jauh (P15, P18), Lempar cakera L15, Lompat tinggi (L18, L15), Lempar cakera (P18, L18), Lompat jauh P12, 5000 meter jalan kaki P18, 200 meter lari berpagar (L15, P15), 400 meter lari berpagar (L18, P18), 800 meter (L15, L18, P15, P18), 100 meter (L12, L15, L18, P12, P15, P18). Kontinjen Pulau Pinang berjaya meraih dua pingat emas pada hari pertama iaitu melalui acara lompat tinggi L18 (Lim Wei Keat - 1.95 meter) dan acara 800 meter P18 (Janice Loh Yinjin - 2:29.94s. Berikut adalah keputusan lain membabitkan atlet kontinjen negeri Pulau Pinang pada hari pertama pertandingan :-

1. Lim Wei Keat - lompat tinggi L18 (1.95 meter/Emas) 
2. Janice Loh Yinjin - 800 meter P18 (2:29.94s/Emas)
3. Lee Chia Hui - Lompat jauh P15 (5.05 meter/Perak)
4. Wong Jing Hui - lompat tinggi L15 (1.87 meter/Gangsa)
5. Zaiyusri Zainon - 800 meter L15 (2:04.25s/Gangsa)
6. Muhammad Fakhrul Abd Aziz - 100 meter L18 (10.67s/Gangsa)
7. Melissa Chong - Lompat jauh P15 (4.75 meter/tempat ke 6)
8. Muhammad Danial Afiq - 200 meter lari berpagar L15 (25.31s/tempat ke 5)
9. Nur Sahirah Mahazir - 400 meter lari berpagar P18 (71.40s/tempat ke 6)
10. Chloe Loh Sze Ern - 800 meter P15 (2:27.81s/tempat ke 4)

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved