Wednesday, October 12, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 7 Oktober 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Physical
2. Clubs
3. Hoop

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama Kebangsaan ke-27, 28~30.10.2016, Kuala Lumpur
2. Kejohanan Gimrama SportExcel-MSN-MILO-MGF Sirkit 2, 28~29.10.2016, Kuala Lumpur

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung mempunyai ruang udara yang terbuka dan menyebabkan air hujan mudah memasuki gimnasium.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS

1. Jurulatih dan Pihak Persatuan memaklumkan tidak akan menghantar atlet ke dua kejohanan yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober ini disebabkan hanya mempunyai 2 atlet dan salah seorang baru naik ke gred 4 dan memerlukan masa untuk mempelajari elemen yang ada.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan ,mereka memberikan komitmen yang tinggi terutama atlet yang akan bertanding di Karnival Bakat Siri 2/2016 pada bulan November dan Disember ini.
3. JSM MSNPP tidak dapat menyertai kursus spesifik yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2016 disebabkan hal peribadi.
4. Keadaan bumbung yang mempunyai ruang udara yang terbuka menyebabkan hujan boleh memasuki gimnasium, pihak MSNPP sudah mengambil maklum berkenaan hal ini. Pihak MSNPP juga memaklumkan akan mengambil tindakan yang segera selepas mendapat peruntukan dari kerajaan negeri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved