Monday, October 17, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PENANG CLOSED TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2016

Tarikh: 16 Oktober 2016 (Ahad)
Tempat: Gelanggang Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang  telah menganjurkan Kejohanan "Penang Closed Taekwondo Championship 2016". Pertandingan ini berlangsung pada 16 Oktober 2016 bertempat di Dewan Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Lima kategori telah dipertandingkan iaitu :-

1. 6-8 tahun (lelaki dan wanita)
2. 9-11 tahun (lelaki dan wanita)
3. 12-14 tahun (lelaki dan wanita)
4. 15-17 tahun (lelaki dan wanita)
5. Tebuka 17 tahun keatas (lelaki dan wanita)

Pada edisi tahun ini statistik penyertaan menunjukkan seramai 157 orang mengambil bahagian terdiri-daripada 87 atlet lelaki dan 70 atlet wanita. Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti berikut :-

1. Kelab Taekwondo SPU - 6 Emas, 5 Perak, 11 Gangsa
2. Ultimate Taekwondo Club - 4 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa
3. Naga Taekwondo Club - 2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa
4. RTS Taekwondo Club - 1 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa
5. Dojang Taekwondo Club - 1 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang dan sekalung penghargaan kepada Taekwondo Negeri Pulau Pinang atas kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini. 

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved