Friday, October 7, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh  : 6 Oktober 2016 (Khamis)
Masa : 4.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Mariani Binti Sanawi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP 
4. Sharina Haryani Binti Yaali - Penolong Pegawai Belia dan Sukan ISNPP

ATLET
1. 41 Orang ( 22 lelaki & 19 wanita)

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 1/2016 Pelapis Negeri Pulau Pinang.

PERTANDINGAN

1. Kejohanan MOHE International Invitation Mahsuri Cup Mixed Pairs 2016 di Kompleks Sukan LADA, Langkawi pada 18 hingga 23 Oktober 2016.

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan dijalankan pada 6 Oktober 2016 jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
2. Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

ULASAN RINGKAS

1. Pada hari ini telah berlangsung Ujian Kecergasan Bil 1/2016 Pelapis Negeri Pulau Pinang bagi atlet yang telah ada dalam program dan juga beberapa atlet talent scouting MSSPP yang telah dipilih pada bulan September turut hadir untuk ujian kali ini.

2. Kehadiran atlet amat memberangsangkan. Antara ujian yang dijalankan ialah :
i. Anthropomotric Measures
- Height (cm)
- Weight (kg)

ii. Muscular Strength
- Hand Grip (Right & Left)

iii. Endurance Capacity
- Yo yo test (Level & Shuttle)

3. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet pelapis tidak memberi komitmen yang tinggi kepada latihan dan akan drop atlet tersebut menggantikan atlet talent scouting.
4. Atlet talent scouting pada MSSPP yang lepas juga akan terlibat dengan Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved