LAPORAN PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG
Masa
: 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
: Padang Sek Keb Residensi Georgetown
Bertempat
di Sekolah Kebangsaan Residensi, satu pertandingan Memanah antara daerah negeri
Pulau Pinang dapat dijalankan dengan penganjuran dilaksanakan oleh Majlis Sukan
Daerah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Unit Prestasi
Tinggi Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini diadakan selama 2 hari bermula 19
dan 20 September 2015 dengan penglibatan 5 daerah (SPT, SPU, SPS, TL & BD)
dengan penyertaan seramai 56 orang. Pertandingan ini dipecahkan kepada 2
kategori iaitu Lelaki & Wanita 14 tahun dan Lelaki & Wanita 11 tahun
dengan melibatkan acara Double 25M dan Double 50M.
Objektif
pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama
pemanah yang berumur dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi
pemanah supaya berada pada tahap yang direkod oelh setiap jurulatih. Jurulatih
dibawah program juga dapat mengenalpasti pemanah-pemanah untuk dibuat pemilihan
sebelum diserap masuk ke program pelapis.
Berikut
Disertakan keputusan rasmi pada hari ini yang melibatkan semua acara :-
LELAKI 11 TAHUN (DOUBLE 25M)
WANITA 11 TAHUN (DOUBLE 25M)
LELAKI 14 TAHUN (DOUBlE 50M)
WANITA 14 TAHUN (DOUBLE 50M)
Pertandingan
ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Majlis Sukan
Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan
Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan ibu bapa. Terima kasih juga kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan pertandingan ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung.
Pertandingan
tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung pada esok hari (20 September
2015) dengan pusingan Olimpik Round.
Sekian,Terima
Kasih
Laporan
Disediakan Oleh
Mohd
Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment